Wednesday, May 26, 2010

adik farah

assalamualaikum

dik....
spm kian hampir nampaknya. harap2 adk dh get ready.
adk jgn bimbang, ibu selalu berdoa utk adk.

dik....
ni ibu sertakan beberapa tips utk adk renungkan ketika membaca @ mengulangkaji pelajaran.

jgn membaca terus-menerus hingga bjam2. Katalah adk membaca dari pukul 8 hingga 12 mlm. selepas 2 jam pertama, adk kena rehat sekejap. alihkan perhatian dgn bbual, menonton, makan, bsiar2 atau bersolat. lepas berehat, fikiran yg beku akan menjadi cair dan segar, dan of course bacaan akan tentu lebih senang mengalir masuk ke dlm kepala.

ketika membaca mesti fokus, jgn hiraukan gangguan luar. membaca melibatkan 20% pergerakan mata, selebihnya adalah putaran fikiran. kalau adk ter berangan (tk sengaja tu..) ulang baca semula. utk fokus adk kunyah gula2 atau chewing gum. sebab kunyahan ini boleh memusatkan pemikiran adk. baca dgn kuat pun boleh elakkan dr berangan.

port utk membaca mesti sesuai. duduk dgn tegak, jgn terhenyak. jgn berdiri atau mundar-mandir kerana adk akan lambat faham. make sure sekitar mesti selesa, tidak terlalu hangat dan tidak terlalu sejuk sampai menggigil lak. kalau boleh dilatari dgn bacaan al-Quran atau muzik instrumental. baru masyuuuuk.. hihihi

last sekali adk kena rancang topik yg nak diulangkaji. bila ada perancangan, baru ada sasaran dan barulah adk termotivasi utk mencapainya. INGAT mula membaca dgn kalimah bismillah, berdoa agar diterangkan hati dan ditumpukan fikiran.

ingat tu dik.. study smart . i love u.. muah!

wassalam.

Tuesday, May 18, 2010

jantan kite...

assalamualaikum

minggu ni abg ada kat rumah. cuti semester, seminggu je. dok buat foundation engeneering kat UTP. sejak kt tronoh ni.. aku rasa dh makin jauh lak ngan abg. tk dpt nk jenguk abg tiap minggu mcm kat mozac. nk gi sana mau mkn 5 jam. jauh tu..

abg, jantan kesygan aku. satu2 jantan yg aku ada, selain abg k. peel banyak ikut aku le... warna kulit, mata, pandai, semua mcm aku. abg tk suka mkn mknan yg susah2, mcm ikan parang- sebab banyak tulang, ketam, udang - susah nk kopek kulit. kesukaan abg sambal telur ngan sambal sardin. tau sebab apa? tk susah nk mkn, kunyah je pastu telan. sayur langsung tk ngam, nama sayur pun tk tau. bayam je yg dia tau, sebab masa kecik dulu suka tengok cerita popeye. kenal nama bayam tp rupa bayam tk tau yg mana satu. abg sanggup mkn roti, drp mkn mknan tu. pelik kan?

kat mozac bukan main brutal lg. main bola sepak ngan ragbi. pernah patah bahu gara2 ragbi. tapi sebenarnya abg bjiwa lembut tp bukan jiwang2. mudah tsentuh hati. mudah nk nangis. agaknya itulah sebab abg tolak tawaran ke jepun. tk leh bjauhan ngan aku kot.

dlm 40 kehebatan abg, cuma 1 kelemahnya. gamaknya..... bab mengurus diri. fail. dr kecik tak b'ubah. kalau nk g mana2 biasanya kami dok tggu dia bsiap. suka wat kerja last minute. harap2 bila dh dewasa dia kan b'ubah. mudah2an dpt isteri nanti yg boleh mbentuk dan mjaga dia dgn baik.

wassalam

abg k ku sayang...

assalamualaikum

minggu lepas, abg k tk sihat. rupa2nya abg k kena hipertension. bp 153/95. tinggi tu.. risau aku! doktor kata lg, gula ngan kolesterol pun dh hampir2 ada....

bp atau tekanan darah ialah ukuran magnitud tekanan darah ke salur darah. bacaan atas @ sistolik ialah tekanan semasa jantung mengepam darah. bacaan paling baik < 120. bacaan bwh @ diastolik pulak mengukur tekanan antara setiap degupan jantung atau masa jantung sedang rehat. bacaan ideal ialah < 80. yg dikatakan darah tinggi bila bp sama @ lebih drp 140/90.

so masa jumpa doktor, bjela2 lah khidmat nasihat yg doktor bg kat abg k. antara nasihat doktor tu..

1. mesti banyak buat excercise 30 - 40 minit sehari. seminggu 3 kali je. tk semestinya bpeluh, bgerak2 aje pun kira ok.
2. rehat @ tidur secukupnya. 6 jam dh memadai.
3. jgn ubah cara masak tp ubah cara mkn. maksudnya mkn sikit je. nasi 1 mangkuk cina je. tk boleh tambah.
4. boleh mkn daging tp max 4 ketul sehari.
5. mkn mlm sebelum maghrib.
6. buah yg boleh mkn ialah epal hijau, belimbing & jambu batu. buah yg lain boleh gak tp kena belah 4.
7. mkn sayur yg bwarna hijau, elak mkn sayuran b'ubi eg: carot, kentang, keledek dll.
8. elak minum teh tarik, susu pekat, air tin, air gas, semua tu ada banyak gula.
9. minum milo o je, sbb milo tu pun dah ada gula.

ha.. apa lagi yek. nanti kalau ingat aku tulis lg. pas ni aku kena pantau abg k mkn, nasi dh kena catu. nampak gayanya, satu rumah kena catu mkn ni. ini yg buat aku tambah risau, dah lah selama ni aku bpantang mkn sbb adik gastrik, ngan abg yg memilih mkn. tambah lak ngan pantang abg k, tambah susut le berat bdn aku. adoiiii

takpe... demi kasih syg aku kt abg k, aku rela tempuhi semua halangan. hrp2 mission aku bjaya. huaaaa

wassalam.

Sunday, May 16, 2010

bertuahnya aku

assalamualaikum..

bertuahnya aku. aku seorang IBU dan PENDIDIK.
dari minggu lepas, tk menang tangan dok layan wishing dr abg k, abg ngan adik. bertuah aku dpt mkn kek coklat. aku bangga menjadi ibu pd abg ngan adik. aku nk jadi ibu yg tegas, sahabat, teman sekaligus idola pd abg adik.

bertuahnya aku menjadi cikgu.
syok dpt balas msg dr anak dan bekas anak murid. nak tau, dr pagi td aku dah nyanyi lagu guru malaysia tk henti2. diaorg kat rumah dh mabuk2 dengar lagu tu. itu yg diaorg dok alami tiap2 tahun. hehehe

masa gi mekah dulu, aku bdoa pd Allah, aku nk jadi guru yg baik pd anak murid. guru yg empati, penyayang, yg memahami, yg tk pilih bulu dan akhirnya guru yg disayangi. mudah2an Allah makbulkan doa aku.

syukur... aku seorg guru dgn ilmu yg Allah anugerah utk dikongsi sama murid2. kembang hati aku bila dpt tau anak murid aku berjaya menjadi insan, yg hidupnya diberkati dan dirahmati Allah.

erti sebenar seorg CIKGU
C - Cantik budi pekertinya
I - Inovatif praktisnya
K - Kreatif mindanya
G - Gagah semangatnya
U - Unggul ilmunya

SELAMAT HARI GURU UNTUK AKU

wassalam

Thursday, May 13, 2010

bob, bff

assalamualaikum

smlm bob call aku, nak kongsi kegembiraan ngan aku. rasa terharu lak.
bob ialah bestfriend aku selain minah ngan wan. dulu sama sekolah ngan aku. atas sebab kemanusiaan bob ditukarkan ke tmpt lain. aku nangis... sedih bangat. dulu bob tempat aku mengadu suka duka. kalau ada masalah, pandang je muka bob, hilang masalah aku. tambahan pulak dia mmg bijak bbahasa. aku dah anggap bob mcm sedara, mcm adik aku sendiri.

selalu mcm tu, sahabat yg aku syg akn tinggalkan aku...
anyway bob... walau kita bjauhan, bob tetap dlm ingatan akak. akak sayang bob.
moga bob succes kat tmpt baru. ingat ye... walau di mana kita berada keikhlasan yg paling penting. moga ALLAH berkati hidup kita.

pandangan mata selalu menipu
pandangan akal selalu tersasar
pandangan nafsu selalu melulu
pandangan hati itu yg hakiki....

wassalam

Sunday, May 9, 2010

coconut shake klebang

assalamualaikum...

Mcm dah lama tk update blog. aku agak busy sikit....
wah, semalam abg k pekenalkan pd aku coconut shake. sedap beb. sampai je kat sana 2 barisan panjang dh org beratur. nasib baik kami dpt tmpt duduk. dh 2 minggu abg k dok sibuk nk bwk aku kat sini. patut le... memang bbaloi. kalau nak buat sendiri senang je...air kelapa + isi kelapa + air batu... blend, pastu letak ais krim vanila 1 scop. sedut ngan straw.. cuaca panas lak. sejuukk je.

sampai kat rumah dok ingat lg ttg cocunut shake. nampak kelapa kt tepi jln pun dok bayang coconut shake. sedapppp

esok aku nk cerita kat nora ngan wan. diaorg mesti teruja. diorg pun mcm aku gak... suka & kuat makan. hahaha

minggu depan nk gi lagi!

wassalam

Saturday, May 1, 2010

eddie...eddie.

Assalamualaikum.
eddie murid tahun 6b. hiperaktif. ada masalah pembelajaran. hobi dia menyapu sampah.

minggu lepas dua hari dia tk dtg. pelik aku. rupa2nya dia demam. wah, 2 hari lepas tu, pagi2 buta dh cari aku. teacher, teacher... sambil tunjukkan dirinya. ini mesti kekawan dia dah bagitau dia, aku asyik tanya dia je. saya dh sihat, sambil sengih2. akupun angguk kepala. kat dlm kelas dia anak emas aku. bebudak yg selalu kacau dia mesti kena ngan aku. dia pun dh besar kepala. asyik mengadu je.

satu hari aku dok mgajar tajuk baru. cari area of the shaded part. mmg serius giler masa mgajar tu. tiba2 budak sebelah dia mlompat bangun sambil tutup hidung. rupa2nya eddie kentut. akupun pdg slak je. sorang pun tk berani ketawa. aku mengajar lagi. tiba2 bunyi kentut, banyak kali.. kuat pulak tu! bebudak yg lain semua tutup hidung. aku pun tk boleh tahan terus ketawa. apa lagi satu kelas ketawakan dia.

seriously aku mmg simpati kat eddie. peluang utk lulus mmg tk de. setiap hari dia belajar kemahiran tahun 3. tambah ngan tolak. buku dia asyik hilang je, akupun belikan dia buku kotak yg besar... utk murid t3 nyer. lepas buat latihan aku simpan buku tu. setiap hari aku bagi 3 latihan, dia buat di papan hitam. kalau aku tleka, sedar2 je dia dh pegang penyapu. tu lah hobi dia. masa buat latihan mesti duduk sebelah aku. tulis satu nombor, mesti tunjuk kat aku. tulis nombor ke-2 pun nk tunjuk juga, adoiii. bayangkan.

kesian kan? aku selalu bdoa moga Allah bagi kekuatan kat aku bila bdepan dgn kerenah dia. aku tau dia tk boleh belajar, tapi eddie adalah amanah utk aku. mudah2an eddie selamat dunia dan akhirat.

wassalam