Thursday, February 17, 2011

supir


assalamualaikum

yahoooo. aku dah ada supir baru! syok giler aku. tadi adik ada jpj test. dah lulus pun. hahaha kalau tak lulus jugak tak tau le. apa taknya, lum ada lesen dah round satu jasin. so... lepas ni kalau gi mana2 dah ada supir. aku ngan abg k duduk kat belakang. berkaraoke. lalalala

wassalam

Wednesday, February 16, 2011

adobe photoshop

assalamualaikum

adobe photoshop aku dah dengar 10 tahun yg lepas. abg k ajar aku camner nak edit gambar. aku ambik tau gitu2 je. sebab rasa mcm takde faedah, buang masa je. kan lebih baik aku cari soalan, bina bahan utk matematik, study ttg pencapaian murid aku. tapi la ni aku kena belajar semula semua benda tu. huh dasyat jugak. adoiiii... menanah2 telinga aku! abg k asyik kutuk je... abg k ajar aku mcm aku teror. mcm2 stail, shortcut sana sini... aku pun hairan kat diri aku ni, asal lembab nau, susah nak ingat, terkial2. tu sebab kena buli je...
tapi takpe kan. aku mesti tabah. buat cuping telinga bagi tebal sikit. last2 ni dia hasilnya, 2 baldi airmata aku tumpah. huhuhu

sebelah kiri aku sengaja kosongkan. kononnya nak letak kat desktop.

wassalam

Sunday, February 13, 2011

rooney magic!


assalamualaikum

dadadadididudu...
best giler tgk game man u mlm tadi. terutama tang overhead kick rooney. cayalah!

wassalam.

Saturday, February 12, 2011

1 hari 36 jam

assalamualaikum

aku betul2 sibuk sejak akhir2 ni.. tido pun tak lena. asyik ingat kerja yg bertimbun kat sekolah tu. kadang2 terpaksa buat kat rumah. dulu sibuk menanda buku murid, la ni sibuk memikir, merancang pastu menaip. adoiiii

maklum sejak sekolah dapat penganugerahan 5 bintang, masa dah tak cukup 24 jam. kena tambah jadi 36 jam nampak gayanya. tensionnnn. setiap minggu kena kemaskini 3 blog. blog sekolah, blog matematik, blog tuisyen felda ngan facebook sekolah. kejap2 aku kat bilik bestari, pastu kat pusat akses, pastu kat makmal komputer. huh!

tapi... takpe kot. aku mesti kuat utk menghadapi semua tugasan ni. nasib baik ada abg k, adik yg selalu bantu aku... bantu beri nasihat.

alhamdulillah batuk aku dah baik. terbang RM50 kat klinik hidayah. Nama klinik perempuan, tapi doktor lelaki. muda pulak tu.....

jap lagi nak ajak abg k gi berlibur. Sabtu adalah hari libur aku sekeluarga. pagi tadi ada kelas tambahan. penat jugaklah. so nanti nak gi limbungan makan laksa ngan kuih keria. lepas tu nak tengok layang2 kat pantai klebang. uhhhh syoook.

abg kkkk... jom.

wassalam.

Wednesday, February 2, 2011

hebat rooney

assalamualaikum

lalalalala.... suka hati aku. pagi tadi man u menang lagi. 3-1 ngan aston villa. dan yg paling syok bila rooney jaringkan 2 gol. bravo rooney. hihihi

kat sekolah tadi.. kesian lak aku tengok nazri. frust giler dia bila tores pindah ke chelsea.50 puluh juta tu. tores ni pun satu.. kalau nak keluar, gi lah jauh2. mcm xabi tu.. terus je ke real madrid. takde lah kecewa nau peminat tu... nazri, jgn risau. liverpool dah beli carol.. handal jugak dia tu...

isnin lepas aku mmg syok. syukur pada allah sebab sekolah aku mendapat 5 bintang dalam penarafan ssqs tahun lepas. maksudnya pentadbir, guru2, murid2 kat sekolah aku mempunyai pengetahuan dan pelaksanaan ict hampir maksimum. 5 bintang ni kira hebatlah. mcm hotel 5 bintang. aku penyelaras bestari yg menyelaras program ni... so dapatlah sijil penghargaan daripada btp kl. wow.. gb sampaikan sijil masa perhimpunan. hahaha

cuma.. yg kurang syoknya bila boss bagitau pegawai btpn akan dtg utk menemuramah, mencungkil strategi yg telah aku gunakan. siap nak shooting lagi..adoiii nampak gayanya bertambah banyak kerja aku ni.

wassalam