Sunday, June 27, 2010

england vs german

Assalamualaikum

dok gabra tunggu game england jap lagi. atas kertas, england kalah dalam tangan. tapi... who knows, bola itu bulat. huahaha. harap2 england menang. semalam fauzi dah wish kat aku "selamat berjuang". dia penyokong setia german. bukan main ek lagi.

tapi tadi aku baca... ramai lak yg meramalkan england boleh menang. ye ke? Kalau menang, boleh le rooney dok lama sikit kat south africa tu. diaorg kata dia suka gi safari kat sana. hahaha
cayok england!

wassalam

manusia...

assalamualaikum.

rupa2nya manusia ni ada mcm2 rupa. dah buat salah tk mengaku lak. lepas tu letakkan kesalahan tu pada org lain. kononnya dia buat salah tu, puncanya oleh org lain. adusss
kan baik kalau mengaku je...

kalau tak buat kerja ... mengaku aje tak buat. jgn la cipta pelbagai alasan, dan kaitkan org lain utk selamatkan diri. siap dgn menipu lagi. mak aii...

mengapa kita ditimpa musibah?
- Allah nak angkat darjat kita.
- Allah nak uji kita. maksudnya org yg ditimpa musibah ini ialah pilihan Allah.
- Allah nk ampunkan dosa2 kecil kita
- utk kita muhasabah diri, cari kesalahan diri dan lepas tu btaubat tk buat lagi.
- bersangka baik dgn Allah

sedar tak, bila kita mberi pelbagai alasan, tanpa disedari kita melukai hati org lain.
mohon maaf, tak kira sama ada kita betul atau salah. sesiapa yg minta maaf dulu, akan dapat pahala. dlm kes yg sebegini... apabila kita menganiaya org lain... peluang utk mendapat balasan adalah besar. sebab doa org yg dianiaya ini tiada hijab, Allah akan makbul dgn segera.

pss... zaman alam maya ni, tk main lah tipu2 beb. apa yg kita buat satu dunia boleh tau.
wassalam

Tuesday, June 22, 2010

Tak tau....

Assalamualaikum

td aku gi taklimat penyelaras bestari. penceramah: tn hj khalid (abg K la tu)
tumpuan aku... 200% pd penceramah. sebenarnya, aku tk faham pun penceramah tu kata apa. aku dok berangan.. tetiba lak teringat time aku bkenalan ngan abg k, dating kat kfc lak tu. hihihi

esok kalau guru besar tanya ttg taklimat... apa aku nk jawab. mampos!

abg k, tolong kite......

wassalam

Timetable

Assalamualaikum.

jadual waktu semalam
0640 - gerak ke sekolah
0810 - start mengajar
0840 - dpt phone dr adik. adik sakit perut. gastrik la tu.
0900 - sampai rumah, terus bwk adik g hospital.
0920 - ramai lak org kat hospital, pastu g klinik dr zanawati. ramai gak. adik dh teruk nau nampaknya. bwk bekal plastik beg, standby kalau muntah.
1000 - tawaf bandar jasin, cari klinik yg tkde org. so tjumpa klinik hidayah. lega....
1020 - doktor bg suntikan + ubat angin + gastrik = rm45.
1100 - sampai rumah bg adik mkn bubur + ubat.
1120 - g sekolah. adik ikut sebab dia takut tggl rumah sorang2. takut pitam katanya...
bawak bekal teh o, air susu, roti ,bantal.
1130 - sampai sek, terus masuk kelas, adik tdo kat kusyen bilik aku.
1330 - balik rumah, bagi adik mkn bubur. aku mandi, solat. lepas ni nk g sekolah ada kelas tambahan lak. kelas start pukul 2. huhuhu
1405 - dah lewat 5 minit. lari-lari naik tgkt 4. bebudak dh ready. nasib baik aku dh bagi kerja kat bebudak tu awal2 lagi.
1500 - kelas tamat. ada mesyuarat utk guru th 6 lak. adoiiiii
1505 - mesy start. post mortem la, analisis item la, perancangan la, gerak gempur la.. bla bla
1730 - mesyuarat tamat. akhirnya....
1750 - sampai rumah. abg k dah ada. adik masih sakit lagi. aku g solat.
1900 - agaknya abg k kesian tgk aku, dia pun tolong aku masak. masak bubur lagi.
2100 - lipat kain sambil tgk bola. portugal vs korea. lepas tu gosok bdn adik, kesian dia.. teruk lak kali ni.
2200 - akhirnya... baru dpt baring. abg k.... kite tdo dulu ye... sweet dreams. hihihi

huh.... hari ni memang penat giler.. tahap gaban ni.

wassalam.

Sunday, June 20, 2010

Jadual Abg Baer

Assalamualaikum

ni jadual jantan kite. dah masuk semester dua. alhamdulillah. so dah ada jadual ni, senang aku nk sekodeng apa yg abg dok buat tiap hari.

minggu lepas aku gi utp. masuk bilik abg, tengok katil, meja study, locker. huuh. bilik org bujang. abg kongsi bilik ngan "gandum", budak perak. so.. ok la. kalau tk study jugak tk tau le. pastu tgk bilik air, mesin basuh, tpt abg parking moto, cafe, kolam. kami gi lunch tpt yg selalu abg gi. aku mkn ikan bakar, kerabu mangga. sedap!

lepas ni kalau abg cerita ttg kawan, ttg kelas, games abg, port merempit, so aku dh boleh bayangkan... 5 tahun abg kat sini. moga abg berjaya...
sayang abg. miss u. muah.

** tilam abg tu kalau pasang cadar, tentu macho kan?

wassalam

Good Widow

Assalamualaikum

last week aku balik kg. syok giler. dh lama tk jumpa mak. rindu bangat. janda baik my home town.terletak di pahang barat. kira2 30km dr kl. 700m dari aras laut. cuaca agak sejuk terutama pd waktu mlm. kadang2 boleh cecah 19 darjah celcius. kerap hujan, sebab kg aku dikelilingi gunung banjaran titiwangsa dan hutan tebal. kat sini ada sungai, air jernih je, ada batu2 besar. sebab tu kat sini ada banyak resort, chalet dan homestay. penduduk kg lebihkurang 1000 org. ada sebuah kilang, so ramailah anak kg kerja kat situ, termasuklah 2 org adik aku. tanah kat sini mahal giler, rm300 000 - rm500 000 1 ekar. ramai gak selebreti dok beli dan buat rumah kat sini. yg aku tau... fauziah latiff, rosnani jamil, khir toyo, shahrizat jalil.. ramai lg lah... mertua raja nazrin shah pun ada.

aku ingat lagi.... masa kecik2 dulu kalau bercakap waktu pagi... mesti keluar wap dari mulut. dasat tu. siap ada kabus lg. minyak masak mesti beku, so sebelum buat breakfast mak kena cairkan minyak tu dulu.

aku rindu suasana masa aku kecik2 dulu. mandi sungai, menyelam, terjun dari pokok mcm superman, tiupan angin yg dingin.... haih. lepas mandi mesti gigil2.. sejuk...
aku suka bau kg aku.. bila angin btiup ada bau pokok2, hutan, sungai , lumpur, kerbau. emmm. abg k tentu suka ni.

so.. aku cdg bila ada peluang nk buat rumah kat sini. nk duduk dekat ngan family aku lak. tentu syok kan!

wassalam