Friday, December 31, 2010

sepetang di pantai klebang

assalamualaikum
seminggu ni asyik meeting je. penatlah jugak. kebetulan pulak abg ada kat rumah so kami jalan2 tepi pantai. nilah tempat lepak kesukaan aku.








wassalam

Monday, December 27, 2010

holidaaaaay

assalamualaikum

aku frust giler. kak gee gi sabah, harliza pi bandung, wan balik kelantan naik train, nora pulak round satu malaya, aku... huahaha. adik exam. abg lak tk cuti. adoiiii. last2 dapat gak aku bercuti. lepak2 kat tronoh,bagi ikan makan kat masjid, lepas tu pusing 2, 3 round kat utp, tidur kat sana satu malam. esok gi pulak ke teluk batik, sebelum ke lumut. syok jugaklah. lepak kat jeti. sembang2 sampai larut malam, mengeteh kat kedai mamak. makanan kat sana superb! akhirnya, bahagiaaa aku....













good night abg k... hihihi

wassalam

Wednesday, December 1, 2010

'birthday mum'

assalamualaikum

alhamdulillah hari ini genap usia aku 44 tahun. ...dah tua, kan? perasaan aku.. of course tentulah gembira dan syukur bangat. tepat pukul 12 mlm, adik kejutkan aku dari tido.. nyanyikan lagu birthday utk aku. lepas tu aku kejutkan abg k, suruh nyanyikan lagu utk aku pulak. hihihi... mamai2 org tua tu nyanyi. akhir sekali abg call, menitis air mata bila dengar suara abg nyanyi lagu utk aku.

harapan aku?
allah berikan aku kesihatan yg baik. mudah2an aku dapat beramal ibadat dgn lebih cemerlang. allah murahkan rezeki aku. mudah2an aku, abg k, abg dan adik dapat menunaikan umrah. allah berikan kasihsayang. mudah2an aku aku menjadi isteri yg baik, solehah, yg menjaga suami dgn penuh kasih sayang. nak belajar memasak, tentu abg k bertambah sayang kat aku. hihihi...

mudah2an aku menjadi seorang ibu yg terbaik utk abg dan adik. aku nak sentiasa berada di samping mereka. mendengar dan berkongsi cerita suka duka. nak menjadi sahabat baik, main badminton dgn abg, main kejar2 ngan adik. nanti kalau adik masuk u, aku nak main kejar2 ngan sapa yek?

mudah2an aku menjadi pendidik yg cemerlang. mengajar dgn penuh kasih syg, kreatif, berinovasi dan peka kelebihan dan kekurangan murid aku.

allah berikan aku kelapangan dan ketenangan hati. mudah2an aku menjadi seorg pemaaf, sentiasa berada disisi kawan2 bila diperlukan juga menjadi kawan yg setia. amin.

wassalam

Tuesday, November 30, 2010

projek abg k 3

assalamualaikum

hihihi ini laporan projek abg k kali yg ke tiga. lepas kena sound ngan aku hari tu, baru lah ada kemajuan. akhirnya abg k dah mula memasang atap. ek jugak tu. upah tak mau, nak buat sendiri gak. oklah, ni dia hasilnya...














wassalam

walimatulurus

assalamualaikum

27 november memang tarikh gempak utk majlis perkahwinan. aku dapat 10 jemputan. setelah short listed tinggal 6 majlis. so start pukul 11 pagi... aku, abang k dan adik memulakan perjalanan.

rumah pertama... rumah bapa saudara abg k... jiran pulak tu.



rumah kedua
kawan baik abg k... cikgu fizik adik.



rumah ketiga
pengantin perempuan tu.. juruteknik abg k



rumah keempat
ni majlis kawan abg k dan isterinya kawan aku gak. geng aku masa kat mekah.



rumah kelima
pengantin lelaki dan perempuan tu juruteknik abg k.
tengok perut abg k... dah penuh. huahaha



rumah keenam

majils perkahwinan adik cikgu sekolah aku. tak sempat nak gi. masa tu dah pukul 3 petang. sorry ya linda.

sehari selepas itu....
suka hati dapat makan lagi.....



wassalam.

Thursday, November 18, 2010

takde tajuk

assalamualaikum

mcm dah lama tak update blog ni. bukan busy cuma mood takde. kalau boleh nak tulis yg baik2 je. malangnya banyak lak cerita yg tk baik berlaku minggu ni dan minggu lepas.

result upsr dah keluar. subjek maths tetap mantain. ehmmmm 98%. eddie dapat e. adoiiiii. Kualiti A melebihi 50%. alhamdulillah. tapi aku tk dpt nak meraikan kejayaan tu sebab subjek lain agak menurun. so bila tinggal berdua ngan wan kat bilik mesy.. barulah aku melompat2 suka hati.

minggu lepas anugerah kecemerlangan, aku dianugerahi pengurusan fail panitia terbaik, bilik khas terbaik. wan ngan nora pun sama jugak. azimah jealous..... dia kata.... his takde org lain yg dapat. tgk diaorg bertiga tu, sengih sampai ke telinga. hihihi. aku mmg bangga... apa taknya pengurusan fail aku dgn wan. bilik khas aku, wan & nora. sesuai nau gelaran naga kepala tiga tu.

tadi ada majlis send off utk zah. boleh bayang tak majlis yg besar tu kami berempat aje perancang utama. aku pun hairan boss tu mcm tak nampak org lain. tapi bila ada silap sikit je.. terus tibai. kalau ye pun aku ni kebal.. kadang2 bocor gak telinga. tak ucap terima kasih pun. semlm org lain sibuk beraya.. nora, wan, aku dan bariah sibuk buat buku program, ingatkan kwn2 beli hadiah, buat bunga manggar, kompang. ada yg selfish tk angkat phone pun bila kita call. melampau. tak pelah... aku buat semua tu tanda sayang aku pada zah. mudah2an zah akan mencipta kejayaan cemerlang bila kat sekolah baru nanti. amin.

buat nora, wan dan kak bariah...
kita tak boleh kecewa jika keikhlasan kita dipersiakan. tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yg ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada org yg melakukannya. ia umpama bola yg dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya. what you give you get back. ingat tau.
wasssalam

Tuesday, November 9, 2010

projek abg k 2

assalamualaikum

rasanya 3 bulan lepas aku dah update ttg projek abg k ni. lama tul nak siap. agak2nya kalau aku upah cina buat, lama dah siap. hahaha

so tengoklah kerja keras depa anak beranak ni








tengok tangan adik... peace....







wassalam

Tuesday, October 19, 2010

untuk aku

assalamualaikum

SAYA MINTA PADA ALLAH SETANGKAI BUNGA YANG SEGAR, DIA BAGI KAKTUS BERDURI. SAYA MINTA KUPU-KUPU YANG CANTIK, DIBERI ULAT BERBULU. SAYA SEDIH DAN KECEWA. NAMUN KEMUDIANNYA, KAKTUS ITU BERBUNGA INDAH SEKALI. DAN ULAT ITUPUN BERTUKAR MENJADI KUPU-KUPU YANG CANTIK.

ITULAH JALAN ALLAH. INDAH PADA MASANYA. ALLAH TIDAK MEMBERI APA YANG KITA HARAPKAN TAPI DIA BERI APA YANG KITA PERLUKAN.

KADANG-KADANG KITA SEDIH, KECEWA, TERLUKA.... TAPI JAUH DI ATAS SEGALANYA DIA SEDANG MENGATURKAN YANG TERBAIK DALAM KEHIDUPAN KITA.....

wassalam

Monday, October 18, 2010

back to normal

assalamualaikum

alhamdulillah.. hidup aku dah semakin tenang. semua bebanan berat macam batu, aku dah selesaikan satu persatu. so santai giler lah hidup aku.

kat rumah aku dah bolehlah mengemas, mengemop, menyapu dan memasak seperti biasa. kredit utk abg k, sejak aku busy ni, abg k take over tugas memasak. lepas ni kena ingat balik skill memasak. kalau tak adik asyik komplen je... masinlah, pedaslah, nasi lembik lah, kadang2 nasi keraslah. huh, macam2.

kat sekolah pun macam tu gak. buat kerja rutin je. mungkin nak kemaskini fail, ajar eddie menambah, bergossip ngan minah + wan. bahagiakan?

so petang nanti nak ajak abg k main bowling lah.....

wassalam

Wednesday, October 13, 2010

debar-debar gua

assalamualaikum

dear abg utp....

doakan utk ibu ya... jumaat ni. mudah-mudahan ibu berjaya.
amin.

wassalam.

Tuesday, October 12, 2010

gua gigil

assalamualaikum

utk abg utp.....

ibu rindukan abg. dah lama kite tk sembang.

semalam ayah dah masukkan ikan talapia dlm kolam. 8 ekor. agak2 bila abg balik nanti, bolehlah kita masakkan. tadi, balik dari sekolah, ibu lepak2 dulu kat kolam, dok tengok ikan tu. syok gak.hehehe

abag nak tau.. semalam boss ibu bgtau jemaah nazir akn dtg utk observe ibu. hihihi gigil ibu. abg tentu tau kan, sebab apa. so start semalam ibu and the geng, pulun buat persiapan... dalam masa yg sama kat sekolah pulak ada pertandingan fail panitia. ibu pengerusi panitia matematik. pada masa yg sama ada pertandingan keceriaan bilik2 khas. ibu ada 3 bilik khas yg perlu di touch up. dalam masa yg sama gak ibu busy tanda kertas. kawan2 yg lain semua dah habis menanda. tak apa lah. biar lambat, asalkan zero defeat. betul tak?

anyway ibu rasa bangga... apa yg berlaku pada ibu semuanya hasil sokongan kuat dari ayah, abg dan adik, juga dari kawan2 rapat ibu. tak sia2 hari tu abg tolong edit essay ibu. mengedit dgn kasih sayang. berbaloi2..... thanks ha.

bang, adik sekarang pulun study. alhamdulillah. kadang2 kesian tengok dia. selalu tido lewat. abg jgn lupa doakan kejayaan adik ye. kalau boleh selalulah solat hajat mohon pada Allah utk kejayaan adik.

abg dah makan ? makan apa? ayam goreng, kuah dgn teh o ais ke? makan mesti on time. no diet2 ha. kalau dah kering bagitau ibu. lepas tu, ibu sound kat ayah lak. hahaha. so study baik2, jaga diri. ibu, ayah, adik sayangkan abg. very much.

wassalam

Friday, October 8, 2010

gua happy

assalamualaikum

la ni aku happy. aku nak lupakan semua kesedihan yg lalu. banyak kerja kat sekolah dah settle. la ni busy menanda kertas exam but under controll....

thanks Allah.

wassalam.

Monday, October 4, 2010

gua busy

assalamualaikum

adoi... busy tul aku. minggu ni ada mesyuarat penyelarasan menanda kertas. 3 hari berturut2, pukul 8pg-5 ptg. maksudnya 3 hari tkde kat sekolah. pada masa yg sama aku kena settle kerja pembestarian. mcm mana aku boleh terlupa. kena online sebelum 8hb. pada masa tu gak kena online permohonan sekolah berasrama penuh. line busy sokmo. kat sekolah td asyik loading tk habis-habis. adoiiiii.....

eddie tentu suka sakan sebab 3 hari tk belajar matematik. tadi dok pulun mengajar menambah, guna pembilang. tak mahir-mahir lagi. macam mana eddie kat sekolah menengah nanti yek? adoiiii....

lepas ni tentu busy 36 jam.. dok menanda kertas.

walaubagaimana pun, apa pun jua... bak kata nora, aku kena hadapi dgn bijak. selesaikan satu persatu.. di samping tu mohon pada Allah agar permudahkan segala urusan aku. amin.

utk abg...
thanks, tersentuh ibu membacanya. miss u so much!
nun di sana.... adik dok terlelap2 baca buku. apa taknya.. baca sambil landing atas katil. port yg baik tu. huahaha. doakan adik ya...
love u.

wassalam

Sunday, October 3, 2010

air mata 2

assalamualaikum

sebenarnya cerita ni dah lama aku nak tulis. tapi sebab dek kejadian yg melampau tu. tertangguh lak. cerita ni tentang air mata aku gak. agaknya aku ni memang pemurah air mata. asyik nangis je.

masa kejadian tu, di dewan sekolah. ada sambutan hari raya. so aku dan kawan2 dok lepak sambil menonton persembahan. aku diapit oleh minah dan zah. zah bagitau aku...

"lin, kite mohon pindah sekolah. gb pun dah setuju."

bila habis je ayat tu.. tiba2 air mata aku tanpa malu2 terus meleleh. tak henti2 pulak tu. lidah aku kelu. aku terus pegang zah, tepuk2 peha dia. memang aku sedih giler, rasa mcm tk akan dapat jumpa dia lagi. 18 belas tahun bersama zah. pahit manis di sekolah kami harung bersama. zah sama baya aku lak.. so memang close lah. cuma sejak aku jadi penyelaras bestari aku jarang lepak kat bilik guru, jarang dapat bersembang...

masa air mata dok leleh, tiba-tiba wan hulur kuih tat. aku pun sambil kesat air mata terus je ambik. suka hati dapat makan kuih tat. terus hilang nangis. hihihi.... nora pun geleng kepala. huh.. senang je nak pujuk dia! kata nora.

tapi serius, aku memang sedih. tak tau mcm mana nak hadapi saat bila zah betul2 pindah nanti. sepanjang balik dari sekolah hari tu, bila teringat je akan zah, air mata aku mesti leleh.

huh, asyik nangis je!

wassalam.

Saturday, October 2, 2010

minggu air mata

assalamualaikum

dlm satu mesyuarat, aku ngan guru2 thn 6, kenai tibai ngan boss. kaw-kaw. malang bagi aku dan kawan2 sebab tk dpat nak mempertahankan diri. aku kecewa,kenapa boss tk siasat dulu. aku tau, memang ada manusia hipokrit kat sana. yg suka mengadu domba, yg ingin nama baik dgn memijak kepala org lain, tapi sebagai seorg ketua, mesti timbang dulu. maklumat yg boss terima tak benar langsung.

tiap2 hari aku bercerita ngan wan, nora... aku mesti nangis. tk boleh tengok manusia hipokrit tu rasa nak sumpah je.. berlori2 sumpahan aku!

walau bagaimanapun aku bersyukur punya sahabat sesetia nora ngan wan. hulurkan aku tisu, dan bahu bila aku lalak tk henti2. banyak bagi aku nasihat yg baik... yg kadang2 aku yg tua ni tak terfikir pun.

alhamdulillah... sekarang aku dah tenang. aku anggap semua ni ujian Allah. buat boss aku.... aku maafkan kelatahan beliau. yalah boss aku pun manusia biasa jugak cam aku. buat manusia hipokrit... aku maafkan kau! mudah2an Allah buka pintu hati kau menjadi insan yg baik. amin.

wassalam

Wednesday, September 15, 2010

tabiat tampil hebat

assalamualaikum

bang, ni ibu bagi tips utk abg tampil HEBAT.

1. bercukur selepas mandi
2. tukar sarung bantal dan cadar setiap minggu
3. penjagaan wajah
4. bersihkan gigi
5. syampu rambut
6. gunting rambut
7. diet sihat
8. senaman
9. minum air
10.tidur yg cukup

lelaki yg berjaya dalam kerjaya mempunyai penampilan diri yg hebat. so abg mesti amalkan tabiat yg baik ni tau.

UNTUK ADIK FARAH.....
wish you all the best for trial
moga dapat straight A's ye....
amin.

wassalam

Sunday, September 12, 2010

salam lebaran

assalamualaikum

aku demammmmm.... huhuhu. sedih gua. raya yg paling tk syok sekali. sorry la kat mak2 sedara, pak2 sedara, sepupu sepapat dan sahabat handai sebab tk dapat balas balik kunjungan. aku just lepak kat rumah, dok layan tetamu dtg. teruk gak lah demam + selsema. mungkin perubahan cuaca sebab kat sana sejuk. sweater tk bawak lak. mlm punyalah sejuk. ya rabbi

pagi tadi masa nak balik, aku sedih bangat. mak nangis time salam ngan aku. maklumlah nak berpisah ngan anak kesayangan. rasa mcm tak mau balik je, tapi nak buat cam mana kan? mak, kite kumpul duit banyak2 pastu buat rumah sebelah rumah mak ya.

mlm tadi aku frust giler.... man u seri ngan everton! adoi... rosak mood raya aku. myampah tul. rooney tk main lak. ni mesti skandal tu lah. tau le, alex memang pantang dgn kes2 yg cam ni.

minggu lepas maria sharapova kalah third round. nasib baik jokovic dapat masuk final!

wassalam.

Monday, September 6, 2010

nak raya

assalamualaikum

yahoo baru saja selesai kemas rumah. huh memancau-mancau rumah aku. pagi-pagi aku dah kejutkan adik, lepas tu ngan uniform aku.. mask, sekop kepala, kain buruk, penyapu dan bulu ayam. satu rumah clear. cantik rumah gua. aku banyak tengok je.... yg lebih tu semua adik yg buat. hahaha. membebel je minah tu. itulah kalau tak ramai adik beradik. tak boleh nk gilir-gilir. abg mungkin balik selasa ni. dia ada exam. abg k pun dah reserve rumput kat belakang rumah utk abg. itu dah mmg kerja abg sejak dari darjah 6 lagi.

so 2, 3 hari ni aku tentu busy. prepare utk masak ketupat, rendang ayam. biskut aku beli je. adik pun banyak complaint, beli biskut org tua je. tahun ni aku raya kat kg aku.tentu syok kan. tapi penat giler sebab kami 4 beranak je yg ada kat rumah mak. dah tentu bila tetamu yg datang aku dgn adik yg jadi pelayan. huahaha

wassalam

Sunday, September 5, 2010

udah 48 tahun

assalamualaikum

HAPPY BIRTHDAY ABG K!
kite sayang awak, very much.
lepas terawih, kite belanja awk makan yek... (....tapi awk bayau le...)
huahaha

wassalam

Friday, September 3, 2010

aku

assalamualaikum

mlm ni aku tk gi terawih. first time ponteng. ini hari adik tk sihat. mcm2 penyakit dia hidap. aku kena lah jadi ibu mithali, menjaga dan merawat anak yg sakit. tapi tk pe, yg penting adik sihat.

esok lak abg exam. aku tau abg mesti dapat buat yg terbaik. sudah tentu aku tak kan jemu2 berdoa utk abg. mudah-mudahan abg dapat result cemerlang. cayok abg!

wassalam.

Thursday, September 2, 2010

huaha abg k

assalamualaikum

ni dok curi2 menaip. abg k dok memasak kat dapur. hihihi. kalau dia tau, mampos aku!
semalam aku g shopping ngan abg k, adik. masuk je dalam kereta adik tegur.
adik : ayah, tak sikat rambut ea?
abg k : (sambil mengusap2 rambut) yelah.. ayah lupa. kena sikat rambut ke?
adik : ye lee... jgn lupa bedak sekali.

leps tu kami pun gerak ke jasin. turun aje daripada kereta, tiba-tiba abg k beristighfar. aku ngan adik pun cepat2 pergi ke arah abg k. tau apa? rupa2nya abg k pakai sandal yg tk sama. satu warna hitam, yg satu lagi warna coklat. pergh! kalau aku no hal punya. adik tk boleh, malu katanya. tak pasal2 abg k dapat sandal baru. kat rumah dah ada 3 pasang.

abg k.. abg k (sambil geleng2 kepala)

wassalam

Monday, August 30, 2010

YB .. yang bersara

assalamualaikum

td ada short meeting. pd masa tu, boss aku umumkan akan bersara hujung tahun ni. terkedu aku. sebab aku jangkakan boss aku bersara hujung tahun depan. rasa sedih pun ada. yelah.... sungguhpun penat dgn aktiviti yg padat, tapi boss aku bawa banyak pembaharuan kat sekolah. semua maklumat sekolah, ttg pentadbiran dlm tangan boss aku. tk boleh nak main tipu2. aku pandang wan, aku pandang nora, sedih lak. aku dah pakat ngan wan, nak all out pd subjek matematik upsr. kasi result gempak sebagai hadiah persaraan boss aku.

selamat bersara boss aku!

wassalam

Saturday, August 28, 2010

bahagia bangat

assalamualaikum

la ni aku bahagiaaa bangat. abg ada kat rumah. dia cuti dari hari khamis hingga selasa. lama tu. yg aku tk suka dia balik naik motor. siap pakat ngan abg k lagi. tau2 dah sampai rumah je. melampau betul. anyway rumah aku tk sunyi lagi. abg ngan adik asyik gaduh je. waktu sahur pun tk boring. kalau tak asyik tengok abg k, pastu adik pastu tengok abg k balik. haih.

tapi... sejak hari khamis lagi, menanah telinga aku. adik dok perli je, mentang2 jantan kesayangan balik, lauk pauk berbuka punya banyak, tk cukup meja utk hidang. heeee dia tk tau yg aku sayang kat dia berbakul2 lebih daripada abg. apa taknya, sayang punya pasal, aktiviti adik makan tido, lepas tu tido makan, lepas tu makan tido! time masak dia boleh buat donno je. lalu lalang kat dapur, buat2 tk nampak aku dok masak. haih. tk pe dik, kasi peluang rehat. lepas spm lu mesti jadi bibik gua sepenuh masa. hahaha.

jap lagi ada game man u ngan west ham. aku malas nk tengok. fobia man u kalah. ni nani punya pasallah, tambahan pulak dengan si lembik berbatov. game kali ni rooney pair ngan berbatov. hernandas mungkin main second half. aku suka lak tengok hernandes main. nasib baik alex beli sebelum world cup, kalau tidak harga dia tentu dah melambung. anyway cayok man u!

wassalam.

nenek lin

assalamualaikum

alhamdulillah, cucu aku selamat dilahirkan pagi tadi. lebihkurang pukul 6 pagi tadi. lelaki pulak tu. cucu pertama daripada anak buah aku yg pertama. hihihi rasa syok lak bila ada cucu ni. nampak gayanya kena tambah budget utk duit raya ni. duit raya utk cucu mesti lebih. hahaha

tk sabau nk balik raya ni, nk main dgn cucu.
sayang cucu nek lin!

wassalam

Sunday, August 22, 2010

man u

assalamualaikum

la ni aku dok tengok game man u vs fulham. frust gak sebab rooney tk main. dia sakit perut. hernandes berpasangan ngan berbatov. masa ni man u dah score 1. mintak2 man u menang le. ok, nak tengok man u jap.

wassalam.

Wednesday, August 18, 2010

tired all the time

assalamualaikum

aku baru balik solat terawih. bulan puasa ni agak busy sikit. kelas tambahan on seperti biasa. boss aku kata.. kena ada gak kelas tambahan tu sebab sekarang dah masuk fasa pecut. aku rasa betul gak tu. upsr dah makin dekat ni. graf bp aku pun dah meningkat naik... hihihi

sejak akhir-akhir ni adik selalu mengadu ngan aku... penatla... letihla... lenguh2 la... ini buat aku risau!

kita sering rasa letih disebabkan kurang tidur, stress, kecewa atau mungkin rasa bosan. tapi kalau keletihan ini berlarutan dalam tempoh yg panjang, tak boleh ambik mudah je. aku bimbang adik mungkin mengalami keletihan yg kronik atau sindrom TATT iaitu letih sepanjang masa. kena bawak jumpa doktor ni.

keletihan kronik ni disebabkan jangkitan atau terkena virus. tanda-tandanya termasuklah lemah otot dan rasa sakit ketika beriadah, letih dan terasa malas, mood tidak stabil, penghadaman yang lemah, murung, daya ingatan yg tidak tajam dan kurang daya konsentrasi.

atau adik mungkin kekurangan nutrisi atau alahan pada makanan. maklumlah adik pengidap gastrik tegar. kena banyak berpantang makan. boleh jadik gak ni...

so adik mungkin kurang darah... kena banyak makan makanan yg mengandungi zat besi seperti daging merah, sayur daun hijau dan hati. zat besi boleh diserap dengan lebih efisien dengan minum jus oren pada waktu malam. elakkan minum teh, kopi.

adik mesti makan makanan yg kaya dgn magnesium. sebab magnesium ni bekerjasama dgn zat galian potassium dan sodium utk menghasilkan aliran eletrikal dlm otot yg membuatkan otot santai dan mengecil. kalau kurang megnesium otot terjejas, kita akan rasa letih dan malas. adik tentu tau kacang, sayuran hijau pekat, ikan, makanan laut dan bijirin kaya dgn magnesium.

selain daripada tu, adik kena atur cara pemakanan dgn betul dan sesuai. jgn lupa sarapan, makan secara sederhana 3 kali sehari. bulan puasa ni dinasihatkan melambatkan waktu sahur. sahur yg lewat tu seakan-akan sarapan pada waktu pagi. ok?

utk keterangan lebih lanjut adik rujuk buku nota bio yek.

wassalam.

Monday, August 2, 2010

Kanak-Kanak Belajar Dlm Kehidupan

assalamualaikum

Bahan ni aku terjumpa kat sekolah tadi.

jika anak itu hidup dgn kritikan,
dia belajar utk mencela.
jika anak itu hidup dgn kekasaran,
dia belajar utk menentang.
jika anak itu hidup dgn belaian kasih,
dia belajar utk resan diri.
jika anak itu hidup dlm suasana iri hati,
dia belajar utk merasa bersalah.
jika anak itu hidup dgn toleransi,
dia belajar utk bersabar.
jika anak itu hidup dgn galakan,
dia belajar utk berkeyakinan.
jika anak itu hidup dgn pujian,
dia belajar utk menghargai.
jika anak itu hidup dgn kerelaan,
dia belajar utk menyayangi.
jika anak itu hidup dgn penghargaan,
dia belajar utk mempunyai matlamat.
jika anak itu hidup dgn kejujuran,
dia belajar utk keadilan.
jika anak itu belajar utk keikhlasan,
dia belajar utk kebenaran.
jika anak itu belajar utk keselamatan,
dia belajar menyakini diri dan org sekelilingnya.
jika anak itu hidup dlm keramah-tamahan,
dia belajar bahawa dunia ialah tempat yg baik utk hidup.

wassalam.

Sunday, July 25, 2010

banyak cerita

assalamualaikum

dear abg...

mak adik sakit.
semalam ibu, ayah ngan adik gi lawat mak adik kat hospital. baru je lepas operation. ketumbuhan pada ovari. anyway mak adik nampak sihat, tk ada complication. abg tau tak, masa gi hospital ibu teringatkan mak. bayangkan 3 bulan ibu ulang alik hampir setiap hari tengok mak. terpandangkan katil tmpt mak meninggal rasa sayu lak. terbayang wajah mak masa tengah sakit.... semua tu memang ibu takkan lupa sampai bila2. mudah2an mak di tempatkan bersama2 roh org yg mukmin. amin...





projek abg k (ayah le..)
abg tengok le gambar ni. 3 tiang dah tegak dah. tiang tu, kan abg yg buat hari tu. abg takde so adik le kena tolong. berpeluh gak minah tu. hihihi. kalau tengokkan gaya mcm nak buat banglo 2 tingkat. ayah gunakan tali, timbang air, nak pastikan tiang tak senget. ayah gunakan salur getah, pastu isi air dlm tu, nk pastikan tiang sama tinggi. macam2....







rambutan
tengok gambar ni...elok je terlepak atas tanah. ibu tk tau nak bagi sape lagi. jiran2 semua tak mau.. sebab kat rumah diaorg pun banyak, tk habis makan. kalau abg bawak balik utp aritu, dapat jugak si gandum tu rasa. gandum tak de rezeki kan?


abg study biar benar...
ok bang, study baik2 tau. jaga diri. ibu, ayah, adik sayang abg. abg harapan ibu kan? miss u ha.

wassalam.

Sunday, July 18, 2010

miss u

Assalamualaikum

abg call td, dia baru sampai utp. alhamdulillah... lega.
abg balik naik motor. dia kata sepanjang jalan, dia main hujan je. habis basah kuyup. kesian yek. baru beberapa jam, abg balik aku dah rindu bangat. kat luar hujan, sejuk je... sama cam hati aku yang sejuk, sedih....

ok bang. belajar rajin2 yek. miss you!

wassalam

Wednesday, July 7, 2010

tension...

Assalamualaikum

aku tension tahap gaban ni. baru balik dari bengkel ssqs (guru bestari je yg tau istilah ni). dari pagi sampai ptg berbengkel je. setakat ni aku dah ada 3 kerja yg perlu dibereskan. tambah lak dgn 2 kerja baru, yg aku baru dpt tadi. adoi mak ai. semua kena settle dlm masa seminggu. tambah lak ngan upsr dh makin dekat. tension giler.

esok kalau aku cerita pada wan ngan nora:
wan : sabau kak lin. jgn tension2. settle kerja tu satu persatu.
nora : tul lah kak. dah2 jom kita gi kantin. saya belanja akak.

hihihi... inilah jawapan standard yg selalu diaorg beri kat aku. anyway aku happy. dapat makan free lak tu! ngeh2

wassalam.

Monday, July 5, 2010

upsr hampir mari

Assalamualaikum

dah seminggu ni, bos aku dok resah je. apa tk nya, result mid year t6 agak merudum. semua guru t6 pun sama resah. aku 6kali resah. tk boleh jadi ni. kena bincang ngan wan, nak atur strategi baru. upsr tk sampai 2 bulan. adoiii. nak capai 100% bukan senang. eddie menolak tak mahir2 lagi. macam mana ni? tkde harapan nampak gayanya. kualiti a 60% lak tu!

macam mana pun aku tak leh cepat mengalah. kena usaha dengan bijak.

kelas aku tu kena bahagi 2 group. kump a ngan kump b. ajar ikut kumpulan. murid lemah ajar soalan yg senang2. target utk lulus je. kumpulan a lak aku cadang nak latihtubi soalan aras susah. pastu aku nk buat nota. tampal kat keliling papan hitam. mudah2an bebudak tu ingat. satu lagi, aku nk mintak waktu nora, waktu agama da... nora kena ajar kump b tu. bayangkan ustazah dok ajar mt. huahaha

menjelang upsr ni... masak aku dibuatnya. boleh susut berat badan ni! kena pakai kain ketat sikit, kalau tak tk sedar dah tanggal. punyalah huru hara dlm kelas. hahaha

cayok mazlina!
wassalam

Sunday, July 4, 2010

Minggu Bestari 2010

Assalamualaikum...

yeah... alhamdulillah minggu bestari dah berakhir. aku rasa 90% objektif tercapai. ini projek pertama aku. terhutang budi kat sahabat kamcing aku nora ngan wan yg banyak bantu aku. bagus jugak ada FS dan juruteknik ni. bertambah kuat team aku.

tapi... saat akhir, majlis penutupan agak hancus. apa taknya tetamu vip tk hadir. ada masalah teknikal. sedih gak. persiapan memang gempak. maklumlah sebulan aku merancang. akhirnya boss aku je yg rasmikan majlis penutupan tu.

sampai rumah je... abg k dah tunggu depan pintu. abg k dah faham nau. tengok gaya aku jalan je, dah tau ada masalah ni. dlm post mortem abg k berikan aku tips.

- sediakan check list
- adakan mesy pra majlis
- jgn mudah percaya pd org lain. kena ada follow up
- kena busy body sikit. org mungkin tk suka tapi itu yg terbaik.
- teamwork
- mesti ada floor manager, agar majlis bjalan lancar.

thanks abg k. tak sabau nk tunggu tahun depan. nk adakan minggu bestari yg terhebat.
sayang abg k. hehehe

wassalam

Sunday, June 27, 2010

england vs german

Assalamualaikum

dok gabra tunggu game england jap lagi. atas kertas, england kalah dalam tangan. tapi... who knows, bola itu bulat. huahaha. harap2 england menang. semalam fauzi dah wish kat aku "selamat berjuang". dia penyokong setia german. bukan main ek lagi.

tapi tadi aku baca... ramai lak yg meramalkan england boleh menang. ye ke? Kalau menang, boleh le rooney dok lama sikit kat south africa tu. diaorg kata dia suka gi safari kat sana. hahaha
cayok england!

wassalam

manusia...

assalamualaikum.

rupa2nya manusia ni ada mcm2 rupa. dah buat salah tk mengaku lak. lepas tu letakkan kesalahan tu pada org lain. kononnya dia buat salah tu, puncanya oleh org lain. adusss
kan baik kalau mengaku je...

kalau tak buat kerja ... mengaku aje tak buat. jgn la cipta pelbagai alasan, dan kaitkan org lain utk selamatkan diri. siap dgn menipu lagi. mak aii...

mengapa kita ditimpa musibah?
- Allah nak angkat darjat kita.
- Allah nak uji kita. maksudnya org yg ditimpa musibah ini ialah pilihan Allah.
- Allah nk ampunkan dosa2 kecil kita
- utk kita muhasabah diri, cari kesalahan diri dan lepas tu btaubat tk buat lagi.
- bersangka baik dgn Allah

sedar tak, bila kita mberi pelbagai alasan, tanpa disedari kita melukai hati org lain.
mohon maaf, tak kira sama ada kita betul atau salah. sesiapa yg minta maaf dulu, akan dapat pahala. dlm kes yg sebegini... apabila kita menganiaya org lain... peluang utk mendapat balasan adalah besar. sebab doa org yg dianiaya ini tiada hijab, Allah akan makbul dgn segera.

pss... zaman alam maya ni, tk main lah tipu2 beb. apa yg kita buat satu dunia boleh tau.
wassalam

Tuesday, June 22, 2010

Tak tau....

Assalamualaikum

td aku gi taklimat penyelaras bestari. penceramah: tn hj khalid (abg K la tu)
tumpuan aku... 200% pd penceramah. sebenarnya, aku tk faham pun penceramah tu kata apa. aku dok berangan.. tetiba lak teringat time aku bkenalan ngan abg k, dating kat kfc lak tu. hihihi

esok kalau guru besar tanya ttg taklimat... apa aku nk jawab. mampos!

abg k, tolong kite......

wassalam

Timetable

Assalamualaikum.

jadual waktu semalam
0640 - gerak ke sekolah
0810 - start mengajar
0840 - dpt phone dr adik. adik sakit perut. gastrik la tu.
0900 - sampai rumah, terus bwk adik g hospital.
0920 - ramai lak org kat hospital, pastu g klinik dr zanawati. ramai gak. adik dh teruk nau nampaknya. bwk bekal plastik beg, standby kalau muntah.
1000 - tawaf bandar jasin, cari klinik yg tkde org. so tjumpa klinik hidayah. lega....
1020 - doktor bg suntikan + ubat angin + gastrik = rm45.
1100 - sampai rumah bg adik mkn bubur + ubat.
1120 - g sekolah. adik ikut sebab dia takut tggl rumah sorang2. takut pitam katanya...
bawak bekal teh o, air susu, roti ,bantal.
1130 - sampai sek, terus masuk kelas, adik tdo kat kusyen bilik aku.
1330 - balik rumah, bagi adik mkn bubur. aku mandi, solat. lepas ni nk g sekolah ada kelas tambahan lak. kelas start pukul 2. huhuhu
1405 - dah lewat 5 minit. lari-lari naik tgkt 4. bebudak dh ready. nasib baik aku dh bagi kerja kat bebudak tu awal2 lagi.
1500 - kelas tamat. ada mesyuarat utk guru th 6 lak. adoiiiii
1505 - mesy start. post mortem la, analisis item la, perancangan la, gerak gempur la.. bla bla
1730 - mesyuarat tamat. akhirnya....
1750 - sampai rumah. abg k dah ada. adik masih sakit lagi. aku g solat.
1900 - agaknya abg k kesian tgk aku, dia pun tolong aku masak. masak bubur lagi.
2100 - lipat kain sambil tgk bola. portugal vs korea. lepas tu gosok bdn adik, kesian dia.. teruk lak kali ni.
2200 - akhirnya... baru dpt baring. abg k.... kite tdo dulu ye... sweet dreams. hihihi

huh.... hari ni memang penat giler.. tahap gaban ni.

wassalam.

Sunday, June 20, 2010

Jadual Abg Baer

Assalamualaikum

ni jadual jantan kite. dah masuk semester dua. alhamdulillah. so dah ada jadual ni, senang aku nk sekodeng apa yg abg dok buat tiap hari.

minggu lepas aku gi utp. masuk bilik abg, tengok katil, meja study, locker. huuh. bilik org bujang. abg kongsi bilik ngan "gandum", budak perak. so.. ok la. kalau tk study jugak tk tau le. pastu tgk bilik air, mesin basuh, tpt abg parking moto, cafe, kolam. kami gi lunch tpt yg selalu abg gi. aku mkn ikan bakar, kerabu mangga. sedap!

lepas ni kalau abg cerita ttg kawan, ttg kelas, games abg, port merempit, so aku dh boleh bayangkan... 5 tahun abg kat sini. moga abg berjaya...
sayang abg. miss u. muah.

** tilam abg tu kalau pasang cadar, tentu macho kan?

wassalam

Good Widow

Assalamualaikum

last week aku balik kg. syok giler. dh lama tk jumpa mak. rindu bangat. janda baik my home town.terletak di pahang barat. kira2 30km dr kl. 700m dari aras laut. cuaca agak sejuk terutama pd waktu mlm. kadang2 boleh cecah 19 darjah celcius. kerap hujan, sebab kg aku dikelilingi gunung banjaran titiwangsa dan hutan tebal. kat sini ada sungai, air jernih je, ada batu2 besar. sebab tu kat sini ada banyak resort, chalet dan homestay. penduduk kg lebihkurang 1000 org. ada sebuah kilang, so ramailah anak kg kerja kat situ, termasuklah 2 org adik aku. tanah kat sini mahal giler, rm300 000 - rm500 000 1 ekar. ramai gak selebreti dok beli dan buat rumah kat sini. yg aku tau... fauziah latiff, rosnani jamil, khir toyo, shahrizat jalil.. ramai lg lah... mertua raja nazrin shah pun ada.

aku ingat lagi.... masa kecik2 dulu kalau bercakap waktu pagi... mesti keluar wap dari mulut. dasat tu. siap ada kabus lg. minyak masak mesti beku, so sebelum buat breakfast mak kena cairkan minyak tu dulu.

aku rindu suasana masa aku kecik2 dulu. mandi sungai, menyelam, terjun dari pokok mcm superman, tiupan angin yg dingin.... haih. lepas mandi mesti gigil2.. sejuk...
aku suka bau kg aku.. bila angin btiup ada bau pokok2, hutan, sungai , lumpur, kerbau. emmm. abg k tentu suka ni.

so.. aku cdg bila ada peluang nk buat rumah kat sini. nk duduk dekat ngan family aku lak. tentu syok kan!

wassalam

Wednesday, May 26, 2010

adik farah

assalamualaikum

dik....
spm kian hampir nampaknya. harap2 adk dh get ready.
adk jgn bimbang, ibu selalu berdoa utk adk.

dik....
ni ibu sertakan beberapa tips utk adk renungkan ketika membaca @ mengulangkaji pelajaran.

jgn membaca terus-menerus hingga bjam2. Katalah adk membaca dari pukul 8 hingga 12 mlm. selepas 2 jam pertama, adk kena rehat sekejap. alihkan perhatian dgn bbual, menonton, makan, bsiar2 atau bersolat. lepas berehat, fikiran yg beku akan menjadi cair dan segar, dan of course bacaan akan tentu lebih senang mengalir masuk ke dlm kepala.

ketika membaca mesti fokus, jgn hiraukan gangguan luar. membaca melibatkan 20% pergerakan mata, selebihnya adalah putaran fikiran. kalau adk ter berangan (tk sengaja tu..) ulang baca semula. utk fokus adk kunyah gula2 atau chewing gum. sebab kunyahan ini boleh memusatkan pemikiran adk. baca dgn kuat pun boleh elakkan dr berangan.

port utk membaca mesti sesuai. duduk dgn tegak, jgn terhenyak. jgn berdiri atau mundar-mandir kerana adk akan lambat faham. make sure sekitar mesti selesa, tidak terlalu hangat dan tidak terlalu sejuk sampai menggigil lak. kalau boleh dilatari dgn bacaan al-Quran atau muzik instrumental. baru masyuuuuk.. hihihi

last sekali adk kena rancang topik yg nak diulangkaji. bila ada perancangan, baru ada sasaran dan barulah adk termotivasi utk mencapainya. INGAT mula membaca dgn kalimah bismillah, berdoa agar diterangkan hati dan ditumpukan fikiran.

ingat tu dik.. study smart . i love u.. muah!

wassalam.

Tuesday, May 18, 2010

jantan kite...

assalamualaikum

minggu ni abg ada kat rumah. cuti semester, seminggu je. dok buat foundation engeneering kat UTP. sejak kt tronoh ni.. aku rasa dh makin jauh lak ngan abg. tk dpt nk jenguk abg tiap minggu mcm kat mozac. nk gi sana mau mkn 5 jam. jauh tu..

abg, jantan kesygan aku. satu2 jantan yg aku ada, selain abg k. peel banyak ikut aku le... warna kulit, mata, pandai, semua mcm aku. abg tk suka mkn mknan yg susah2, mcm ikan parang- sebab banyak tulang, ketam, udang - susah nk kopek kulit. kesukaan abg sambal telur ngan sambal sardin. tau sebab apa? tk susah nk mkn, kunyah je pastu telan. sayur langsung tk ngam, nama sayur pun tk tau. bayam je yg dia tau, sebab masa kecik dulu suka tengok cerita popeye. kenal nama bayam tp rupa bayam tk tau yg mana satu. abg sanggup mkn roti, drp mkn mknan tu. pelik kan?

kat mozac bukan main brutal lg. main bola sepak ngan ragbi. pernah patah bahu gara2 ragbi. tapi sebenarnya abg bjiwa lembut tp bukan jiwang2. mudah tsentuh hati. mudah nk nangis. agaknya itulah sebab abg tolak tawaran ke jepun. tk leh bjauhan ngan aku kot.

dlm 40 kehebatan abg, cuma 1 kelemahnya. gamaknya..... bab mengurus diri. fail. dr kecik tak b'ubah. kalau nk g mana2 biasanya kami dok tggu dia bsiap. suka wat kerja last minute. harap2 bila dh dewasa dia kan b'ubah. mudah2an dpt isteri nanti yg boleh mbentuk dan mjaga dia dgn baik.

wassalam

abg k ku sayang...

assalamualaikum

minggu lepas, abg k tk sihat. rupa2nya abg k kena hipertension. bp 153/95. tinggi tu.. risau aku! doktor kata lg, gula ngan kolesterol pun dh hampir2 ada....

bp atau tekanan darah ialah ukuran magnitud tekanan darah ke salur darah. bacaan atas @ sistolik ialah tekanan semasa jantung mengepam darah. bacaan paling baik < 120. bacaan bwh @ diastolik pulak mengukur tekanan antara setiap degupan jantung atau masa jantung sedang rehat. bacaan ideal ialah < 80. yg dikatakan darah tinggi bila bp sama @ lebih drp 140/90.

so masa jumpa doktor, bjela2 lah khidmat nasihat yg doktor bg kat abg k. antara nasihat doktor tu..

1. mesti banyak buat excercise 30 - 40 minit sehari. seminggu 3 kali je. tk semestinya bpeluh, bgerak2 aje pun kira ok.
2. rehat @ tidur secukupnya. 6 jam dh memadai.
3. jgn ubah cara masak tp ubah cara mkn. maksudnya mkn sikit je. nasi 1 mangkuk cina je. tk boleh tambah.
4. boleh mkn daging tp max 4 ketul sehari.
5. mkn mlm sebelum maghrib.
6. buah yg boleh mkn ialah epal hijau, belimbing & jambu batu. buah yg lain boleh gak tp kena belah 4.
7. mkn sayur yg bwarna hijau, elak mkn sayuran b'ubi eg: carot, kentang, keledek dll.
8. elak minum teh tarik, susu pekat, air tin, air gas, semua tu ada banyak gula.
9. minum milo o je, sbb milo tu pun dah ada gula.

ha.. apa lagi yek. nanti kalau ingat aku tulis lg. pas ni aku kena pantau abg k mkn, nasi dh kena catu. nampak gayanya, satu rumah kena catu mkn ni. ini yg buat aku tambah risau, dah lah selama ni aku bpantang mkn sbb adik gastrik, ngan abg yg memilih mkn. tambah lak ngan pantang abg k, tambah susut le berat bdn aku. adoiiii

takpe... demi kasih syg aku kt abg k, aku rela tempuhi semua halangan. hrp2 mission aku bjaya. huaaaa

wassalam.

Sunday, May 16, 2010

bertuahnya aku

assalamualaikum..

bertuahnya aku. aku seorang IBU dan PENDIDIK.
dari minggu lepas, tk menang tangan dok layan wishing dr abg k, abg ngan adik. bertuah aku dpt mkn kek coklat. aku bangga menjadi ibu pd abg ngan adik. aku nk jadi ibu yg tegas, sahabat, teman sekaligus idola pd abg adik.

bertuahnya aku menjadi cikgu.
syok dpt balas msg dr anak dan bekas anak murid. nak tau, dr pagi td aku dah nyanyi lagu guru malaysia tk henti2. diaorg kat rumah dh mabuk2 dengar lagu tu. itu yg diaorg dok alami tiap2 tahun. hehehe

masa gi mekah dulu, aku bdoa pd Allah, aku nk jadi guru yg baik pd anak murid. guru yg empati, penyayang, yg memahami, yg tk pilih bulu dan akhirnya guru yg disayangi. mudah2an Allah makbulkan doa aku.

syukur... aku seorg guru dgn ilmu yg Allah anugerah utk dikongsi sama murid2. kembang hati aku bila dpt tau anak murid aku berjaya menjadi insan, yg hidupnya diberkati dan dirahmati Allah.

erti sebenar seorg CIKGU
C - Cantik budi pekertinya
I - Inovatif praktisnya
K - Kreatif mindanya
G - Gagah semangatnya
U - Unggul ilmunya

SELAMAT HARI GURU UNTUK AKU

wassalam

Thursday, May 13, 2010

bob, bff

assalamualaikum

smlm bob call aku, nak kongsi kegembiraan ngan aku. rasa terharu lak.
bob ialah bestfriend aku selain minah ngan wan. dulu sama sekolah ngan aku. atas sebab kemanusiaan bob ditukarkan ke tmpt lain. aku nangis... sedih bangat. dulu bob tempat aku mengadu suka duka. kalau ada masalah, pandang je muka bob, hilang masalah aku. tambahan pulak dia mmg bijak bbahasa. aku dah anggap bob mcm sedara, mcm adik aku sendiri.

selalu mcm tu, sahabat yg aku syg akn tinggalkan aku...
anyway bob... walau kita bjauhan, bob tetap dlm ingatan akak. akak sayang bob.
moga bob succes kat tmpt baru. ingat ye... walau di mana kita berada keikhlasan yg paling penting. moga ALLAH berkati hidup kita.

pandangan mata selalu menipu
pandangan akal selalu tersasar
pandangan nafsu selalu melulu
pandangan hati itu yg hakiki....

wassalam

Sunday, May 9, 2010

coconut shake klebang

assalamualaikum...

Mcm dah lama tk update blog. aku agak busy sikit....
wah, semalam abg k pekenalkan pd aku coconut shake. sedap beb. sampai je kat sana 2 barisan panjang dh org beratur. nasib baik kami dpt tmpt duduk. dh 2 minggu abg k dok sibuk nk bwk aku kat sini. patut le... memang bbaloi. kalau nak buat sendiri senang je...air kelapa + isi kelapa + air batu... blend, pastu letak ais krim vanila 1 scop. sedut ngan straw.. cuaca panas lak. sejuukk je.

sampai kat rumah dok ingat lg ttg cocunut shake. nampak kelapa kt tepi jln pun dok bayang coconut shake. sedapppp

esok aku nk cerita kat nora ngan wan. diaorg mesti teruja. diorg pun mcm aku gak... suka & kuat makan. hahaha

minggu depan nk gi lagi!

wassalam

Saturday, May 1, 2010

eddie...eddie.

Assalamualaikum.
eddie murid tahun 6b. hiperaktif. ada masalah pembelajaran. hobi dia menyapu sampah.

minggu lepas dua hari dia tk dtg. pelik aku. rupa2nya dia demam. wah, 2 hari lepas tu, pagi2 buta dh cari aku. teacher, teacher... sambil tunjukkan dirinya. ini mesti kekawan dia dah bagitau dia, aku asyik tanya dia je. saya dh sihat, sambil sengih2. akupun angguk kepala. kat dlm kelas dia anak emas aku. bebudak yg selalu kacau dia mesti kena ngan aku. dia pun dh besar kepala. asyik mengadu je.

satu hari aku dok mgajar tajuk baru. cari area of the shaded part. mmg serius giler masa mgajar tu. tiba2 budak sebelah dia mlompat bangun sambil tutup hidung. rupa2nya eddie kentut. akupun pdg slak je. sorang pun tk berani ketawa. aku mengajar lagi. tiba2 bunyi kentut, banyak kali.. kuat pulak tu! bebudak yg lain semua tutup hidung. aku pun tk boleh tahan terus ketawa. apa lagi satu kelas ketawakan dia.

seriously aku mmg simpati kat eddie. peluang utk lulus mmg tk de. setiap hari dia belajar kemahiran tahun 3. tambah ngan tolak. buku dia asyik hilang je, akupun belikan dia buku kotak yg besar... utk murid t3 nyer. lepas buat latihan aku simpan buku tu. setiap hari aku bagi 3 latihan, dia buat di papan hitam. kalau aku tleka, sedar2 je dia dh pegang penyapu. tu lah hobi dia. masa buat latihan mesti duduk sebelah aku. tulis satu nombor, mesti tunjuk kat aku. tulis nombor ke-2 pun nk tunjuk juga, adoiii. bayangkan.

kesian kan? aku selalu bdoa moga Allah bagi kekuatan kat aku bila bdepan dgn kerenah dia. aku tau dia tk boleh belajar, tapi eddie adalah amanah utk aku. mudah2an eddie selamat dunia dan akhirat.

wassalam

Sunday, April 25, 2010

ibubapa +ve

assalamualaikum.
tiap2 hari balik sekolah adik mesti cerite kat aku ttg sorang budak lelaki ni, 14 thn. aku tk kenal tp dekat ngan rumah aku.kesian... tk berapa sihat la. kdg2 cakap sorang2. buat lawak tp kwn2 tk layan pun, pastu ketawa sorang2.tkde kwn. g sek bwk beg besar. belajar tk pandai. selalu kena denda sbb tk pakai lencana, tali leher. ada satu hari tu adik nk g kelas tambahan pkl 3 ptg, tnampak budak tu jln kaki nk balik rumah. punyalah jauh dia jln kaki. adik kata nk nangis tgk... rasa mcm nk hantar je budak tu balik rmh.

aku yg dengar cerita tu lg lah sedih. sbb aku ni mmg mudah empati, simpati. nampak je aku ni brutal... sejak dari tu aku selalu sekodeng budak tu. tiap2 ptg dia mesti sapu sampah depan rumah. pkl 4 ptg, tengah panas dgn tk pakai baju... kesiannya. Klau tk, bebel mak dia bleh dengar sampai rumah aku. bayangkan! klau bulan puasa, org dok tunggu azan tuk bbuka, dia masih lg kat luar dok pungut sampah, daun.

setiap kali nampak budak tu, aku mesti sedih. dh mkn ke belum. mcm mn pelajaran dia. leh tk dia buat kerja sekolah. apa kan jadi bila dia besar nanti. boleh tk dia hadapi hidup yg semakin mencabar ni. itu yg selalu aku fikirkan. mcm mn aku nk tolong.

moralnya ialah... susah jugak nk jadi ibubapa ni. kena terima hakikat dan berani bdepan dgn masalah. anak2 ialah cermin sebenar kedua ibubapanya. sebab itu ibubapa kena ada imej kendiri yg +ve. dr fadzilah kamsah kata, anak umur 1-4 thn kite layan mcm raja. umur 5-12 thn mcm hamba - masa tu anak2 diajar mbantu kita mbuat kerja rumah, pastu umur 13 thn ke atas mcm kawan.

wassalam

Wednesday, April 21, 2010

My New World!

Assalamualaikum.
Sejak 17 tahun ni.. aku sinonim ngan job sebagai guru penyelaras buku teks. ape2 hal tang buku teks satu kg carik aku. hebat tul lah aku. 17 thn jugak aku setia ngan murid T6... guru matematik. Keputusan UPSR.. alhamdulillah... mantap! walaupun tk dapat soalan @ jwpan bocor mcm org lain.

la ni aku guru penyelaras bestari... mcm langit ngan bumi. masa mengajar dh kurang. tenaga, masa, pemikiran aku banyak ditumpukan pd ICT. Vocab aku ttg ICT... superb! Dulu dengar je.. laman web, IP adress, cat-5, server, router,... gigil satu bdn. takut tul. skrg alhamdulillah... Zah selalu perli aku.. oh org bestari klau bcakap takut dengar...keluar pktn pelik2. hehehe...

Mula2 pegang job ni... aku mmg tension giler. Satu dunia baru... yg menakutkan.. nora ngan wan banyak sokong aku. pastu syok pulak.

tapi jauh di sudut hati.... aku still nk mengajar lg. Klau boleh seluruh hidup aku utk bebudak tu. Aku rindu suasana kelam kabut dlm kelas, melayan kerenah bebudak nakal, bcerita ttg bola sepak... rindu....

wassalam

Monday, April 19, 2010

teman sejati

Assalamualaikum...
Mlm ni aku teman adik study. risau aku. exam dh dekat, maka die buat donno je.
aku tgk tv... dia tgk tv. aku baring... dia baring. aku tdo... dia tdo. aku bangun tdo... dia tk bangun2 lg. haih risau aku. so aku teman dia sambil bc buku PTK. aku pun nk exam gak. hehe. mata aku punyalah mengantuk...kopi tongkat ali dh abis secawan! takpe demi adik aku sanggup sengkang mata. chayok adik!

* abg k punyalah syok tgk tv sambil goyang2 kaki. jealous aku!
wassalam.

Monday, April 12, 2010

Seri!!!!

Assalamualaikum.

Man U seri mlm tadi!
huhuhu

Sunday, April 11, 2010

Man U

Assalamualaikum....

Aku cuba tk mau tulis ttg Man U kali ni. Tapi tk bleh la..
Kwn2 dok perli... entry aku sunyi tanpa Man U.
Semua keluarga aku sedih.... apa taknye dah dua kali Man U kalah.
Huhuhu....

Paling tragis Champion League baru2 ni. Sedihnye.. Alex salah strategi punca Man U kalah.
Kalau aku tgk tv, nampak kelibat Rooney, aku buat tk nampak je...
Aku curi2 dengar Abg K sembang dgn abg, kononnye Man U nak beli striker baru musim akan dtg. Pemain Mexico. Hrp2 tk mcm Berbatov, buat abiskan beras je! lembik!

Ini dok tggu game Man U ngan Blackburn. Rooney tk main, injured. 3 minggu rest sbb buku lali. Tk semangat aku nk tengok.

Wassalam

Saturday, April 10, 2010

Takut Aku...

Assalamualaikum
Abg.... ptg semlm petir kuat tul. Bdentum-dentum.
Punyelah ibu takut. Tercampak biskut dr tgn. kelam kabut lari.. nyuruk dlm bilik.
Tentu abg tau port ibu kan? hehe.... of course tepi almari. Blckout pulak tu. Berpeluh2.. takut campur panas.

Ni mesti 1 jasin gempar. Ayah, adk tentu risaukn ibu kt rmh sorang2. Isnin ni kt sek heboh kwn2 ibu akn tanya. Abang bayangkn bila petir je.. semua org akn ingatkan ibu. Jadi trade mark pulak. Kesian yek.

Nasib baek abg tk mcm ibu.. hihi.. jantan ibu mesti kuat kan?
anyway, study baik2 tau. ingat... i luv u...
miss u...muah!

p/s Kita bleh tau petir tu dekat ngan kita.. bergantung pd tempoh masa cahaya kilat ngan petir. kalau kilat memancar, 5 saat pastu baru petir, maksudnya jarak petir ngan kita 5km.

wassalam.

Friday, April 9, 2010

Kerdilnya kite kan?

Assalamualaikum

Bosan la duk sorang2 kt rumah. Abg dh balik UTP, adik lak kelas tambahan, abg K kerja.
Aku ingatkn abg. Tentang cerita abg..... tentang kebesaran Allah dan ttg kerdilnye kite.

Allah jadikan langit 7 lapis tanpa tiang yg myokongnya. Setiap lapisan langit itu sama dengan 500 tahun pjlnan. Jarak antara langit pertama ngan langit kedua juga 500 thn pjlnan. Jarak antara langit ke-3 ngan ke-4, 500 tahun pjlnan. Begitulah juga jarak langit seterusnya hingga langit yg ke-7.

Di atas langit ke-7 tu ada lautan, yg dalamnya adalah 500 tahun pjlnan. Di dalam lautan itu berdiri 4 malaikat yg mana paras air laut berada pada buku lalinya. Malaikat ini bertugas menanggung `Arasy Allah.

Bayangkan betapa kecilnya kite di sisi Allah SWT.....
Kalau rase kite hebat, kite kuat, kite bijak..... jgn sombong!
Fikir2 kan lah.

Wassalam.

Tuesday, April 6, 2010

Rigid ke aku?

Td dok kat buaian sorang2, tiba2 aku teringatkan
abg, adik.. itulah sja dunia aku. Kecik je kan?

Caya tak klau aku bgtau.... semua sms abg, adk aku kongsi baca.
even sms bf ke gf ke...Aku kongsi segala rasa pahit manis mcm sahabat.
Kalu bgaduh, aku lak yg tlg bina ayat utk settle down kes tu...

Abg klau gaduh ngan gf.. Abg K jadi pakar rujuk.
Mcm Abg k tu hero perempuan.
Kes adk lak, aku tau dari A sampai Z.
Btahun aku ikuti mcm telenovela.
Boleh buat novel tu...

Sebab tu aku kenal semua kwn abg, adk. Detail...
Yg aku tk tahan, tiba tang birthday
Kopak duit aku kena kikis beli hadiah, klau confirm jadik menantu bbaloi gak.

wan, minah komen sikit....

Monday, April 5, 2010

Adab Sangap

La ni aku syok le. Abg ada kat rumah. waktu maghrib kami akn solat berjemaah. Abg K dah boleh rehat. Abg akn ambik alih jadi imam. Lepas doa, ada tazkirah. Kali ni abg cerita ttg adab sangap.

Abg kate..... kalau sangap mesti tutup mulut dgn tangan kanan. Tapi... klau tutup mulut guna tangan kiri, guna belakang tangan. sebab tgn kiri kan gune utk ehm2........

Dalam hati aku.... mak aii, suka hati aku je kalau sangap tutup mulut dgn tgn apa. Thanks lah abg, sbb bgtau ibu.

ALLAH ampunkan dosa aku!!!

Down Giler.

Adoiiii......
Man U kalah. Cis, memang tkde harapan nampaknye.
Baki game ada 5 lak tu. Jenuh nk kejar Chelsea.

Smlm jumpa Fauzi kat pasar, sempat lagi bg signal, angkat2 kening kat aku.
Huh, ek kat akak ye....

Tadi kat kantin jumpa Ayie..... siap nyanyi2 utk aku.... Man U dah karam.
Mcm Liverpool dh jadi juara. heh!

Masuk lak kelas 6B, kena dgn bebudak tu...
sesedap rase je kutuk Man U. tak pe2.

aduh rooney... asal time ni kau injured lak...
alex.. please la ...do something!
huhuhu

Monday, March 22, 2010

Man U Menang Lagi.

Hahaha...
Happy giler aku. Mlm tadi Man U vs Liverpool, 2-1.
Chelsea lak seri ngan Blackburn. Hehehe

Nazri... Fauzi....
sorrylah ye... takde can nak pencong akak lagi!

Muka Buku.

Cuti kali ni frust tul aku. Ape tknye. 3 beranak tu busy dengan FB masing2.
3 laptop kat rumah aku house full!
Aku ngan Lulu terpaksa layan TV. Nk tengok Youtube pun tkde can.

Kite : Abg K.. kite nak buat facebook lah.
Abg K : Jgn...
Kite : Asal lak?
Abg K : Nanti awk busy dok layan tetamu FB, tkde mase nak masak!
Kite : Alaa........

Tkpe nanti aku nk paksa adik buatkan aku FB.
Hehehe... pastu nak add Abg K . Hahaha

Sunday, March 21, 2010

Tolong Aku

Abg dah bertolak balik ke UTP.
Of course aku rasa amat sedih.
Separuh dr hati dan perasaan aku turut
ikut bersama abg.

Tang ni yg paling aku tak suka. Dah tua2 ni pun aku
masih tk bleh nk control perasaan aku.
Sentiasa rasa sedih, sayu. Rasa nak nangis.
2 minggu pun belum tentu boleh pulih.

Pelikkan? Kenapa aku tk mcm org lain?

Abg K....
Tolong kite....

Wednesday, March 17, 2010

Cerita Luka.

Hari ni akulah org yg paling
sedih......

Aku diletakkan di bwh tapak kaki....
bukan oleh musuh aku,
tapi oleh org yang paling aku sayang.
Sedihkan?

Abg K....
Jom bwk kite jln2.....
Kite nak tinggalkan luka ni....
Nak cari dunia baru
Nak sedut udara baru....

Jom Abg K!

Friday, March 12, 2010

yahooo cuti....

Yabedabeduu
cuti sekolah dtg lagi.....
gembiranya.

Isnin, Selasa, Rabu dok berkampung kat sekolah siang malam.
Khamis pulak kelas tambahan.
bila dapat bercuti ni......

aku teringin nak snorkling kat pulau Sibu, macam dulu2
huaaaaaaaa

Sunday, March 7, 2010

Man U.....

Ini dok tunggu game Man U ngan Wolve. Mata dah ngantuk lak. Abg K pun dh pakai Tshirt Man U tu. Semangat tul orag tua tu. hehehe

Rooney, mlm ni mesti main betul2 tau. Predict 1-0.

Abg tengok tak agaknya?
Kite sokong sama2 yek.
Miss u so much.

Menang Lagi.....

Yahooo.... sekolah aku menang lagi. Pertandingan Senamrobik Peringkat Negeri pulak tu. Anyway aku tabik kat bestfriend aku, Wan. Teacher senamrobik. Wan, akak bangga ngan awak. Awak memang hebat. Sorry masa pengumuman td, akak tk dapat nak peluk dan nangis ngan awak. Tapi tk pe, Isnin ni akak belanja awak ngan Minah mkn nasi ayam! hahaha

Luv U hah...

Thursday, March 4, 2010

tak gembira

tak suka, tak gembira, bosan, penat, tension, sakit hati, frust, bla bla bla..........

Wednesday, March 3, 2010

.......

Tak tau kenapa hari ni rasa tk gembira. Penat? tension? or frust or .....
rasa sayu, sunyi. nk nangis pun ade...

Rindu kat abg kot.
Ibu rindukan abg .........

Tuesday, March 2, 2010

Akhirnye......

Salam.
2 minggu bertungkus lumus, siap gak Buku P.Strategik tu. Dah serah kat boss pun. Ouh... lega... Terima kasih ALLAH kerana Kau telah pmudahkan urusanku.

Eddie.. lepas ni teacher dh boleh ajau kau tul2. Siap kau!

Monday, March 1, 2010

aduhai rooney...

Yahooo....
Man U menang malam tadi. Hehehe ...tak sia-sia aku ngan Abang K menunggu, siap ngan sepanduk lagi. Kau memang hero aku lah Rooney. Kau punya pasal terbang semua kesedihan aku minggu ini. Kat sekolah tadi, kembang kempis hidung aku bila Fauzi dok tabik kat aku. hahaha. Rooney, sok kau mesti main tul2 tau. Kalahkan AC Milan lak!

Sunday, February 28, 2010

sahabat.....

Salam.
hari ni kau nikah ke? kalau salah, sorry..
Tapi kalau betul, kau memang la...
Tkpe le... berita gembira kalau tk bagitau pun tkpe. Aku tumpang gembira.
Tapi....... kalau isteri barukau sakit, bgtau aku. Aku akan lawat kat hospital tiap-tiap hari. Kalau kau takde duit bagitau, aku boleh pinjamkan duit. Kalau barang kemas kau kat pajak gadai bagitau aku, aku akan tlg tebuskan dan kalau kau sedih bagitau, aku akan pinjamkan bahu aku. Sebab..... aku ni sahabat kau!

Friday, February 26, 2010

Sayang Abang K

Salam.
Ini hari aku dan Abang K masak Ketam Sweet Sour.
Sedap beb. Hilang semua masalah bila dpt mkn masakan Abang K.

Soalan wajib setiap hari..
Kite : Abg K sayang kite berape?
Abg K : Satuuuuu.

hehehe sayang Abg K!

Pedih

Salam.
Minggu ni berlalu dgn kepedihan. tak tau yek.
Kalau seorang ketua x tau bkerja, pasti org bwhan jadi mangsa.
Banyak salah faham, curiga, marah antara satu sama lain.
aduhai ketua , tolonglah act sebagai KETUA. Halalkan gaji yang kau dapat setiap bulan tu...
Dunia kau selamat, akhirat belum pasti. Kesiankan....
Kesian kat aku gak. Tak pasal2 terkena tempias amarah seseorg. Tapi tk pe aku penyabar orgnye. hehehe....

Wednesday, February 24, 2010

keje, keje, keje

Salam. Lama tak jumpa kan?
Sibuk sangat kebelakangan ni. Nak mengajau pun tak tenang. Asyik pelan strategik je. Kat sek, kat rumah bersengkang mata dok menaip, merancang, meng'edit. untung jadi GPK, main arah je. Aku tang jadi kuli batak. hehehe

Thursday, February 18, 2010

Mesyorat

Tak habis2 mesy. Boleh tak mesy itu dibuat dlm bentuk ilmiah sikit. Yg attend pun semua dah tua2 belaka. Tkde kompromi langsung. Bosan giler babi!

Wednesday, February 17, 2010

NKRA

Cikgu Usop kalau tak menyusahkan aku tak sah. Hjh, leh tolong saya tak? Boleh ke kalau aku kata tak boleh? Tentu tak kan? Bayang dalam masa 2 jam aku terpaksa menyiapkan kerja yang bukan kerja aku. Nasib baik ada kawan sejati aku, Minah dtg menyerah diri. Nasib kau lah Minah. Kul 2.30 ptg cikgu lain dan bergolek2 kat rumah, aku masih lg menaip kat sekolah. huhuhu. Perut dah lapau. Esok cikgu Usop, kau mesti belanja aku!

Bowling

Jantan Kite balik! oh ye. Happy aku. So kami satu family gi main bowling kat MIBC. Salah satu rekreasi family aku. Aku satu team ngan suami, tapi kalah teruk. Sorrylah Abang K, bola kite asyik masuk longkang je. Takpelah kasi menang free kat abg n adik.

Tahun Baru Cina

Salam. Suka hati aku. Family dari Pahang datang. Memang penat giler. Bayangkan hanya aku ngan adik yang melayan. Memang tak terlayan. Sorry mak. Mak tak dapat layanan 5 star. Maklum ramai tetamu. Harap-harap diaorang suka dtg sini. Kami shopping kat Mydin, round bandar dan naik cruise. Hehe. Sayang adik beradik aku!

Thursday, February 11, 2010

Sukan

Adoiiii penatnya. Baru selesai sukan tahunan kat sekolah. Macam nak tercabut kaki ni rasanya. Ke hulur ke hilir cam orang gila lak. aku ketua jamuan so busy lah dok agih makanan dan minuman. Dalam majlis yang agak besar sebegini, biasalah ada cacat celanya. Salah bagi hadiahlah, salah pemenanglah.