Tuesday, October 19, 2010

untuk aku

assalamualaikum

SAYA MINTA PADA ALLAH SETANGKAI BUNGA YANG SEGAR, DIA BAGI KAKTUS BERDURI. SAYA MINTA KUPU-KUPU YANG CANTIK, DIBERI ULAT BERBULU. SAYA SEDIH DAN KECEWA. NAMUN KEMUDIANNYA, KAKTUS ITU BERBUNGA INDAH SEKALI. DAN ULAT ITUPUN BERTUKAR MENJADI KUPU-KUPU YANG CANTIK.

ITULAH JALAN ALLAH. INDAH PADA MASANYA. ALLAH TIDAK MEMBERI APA YANG KITA HARAPKAN TAPI DIA BERI APA YANG KITA PERLUKAN.

KADANG-KADANG KITA SEDIH, KECEWA, TERLUKA.... TAPI JAUH DI ATAS SEGALANYA DIA SEDANG MENGATURKAN YANG TERBAIK DALAM KEHIDUPAN KITA.....

wassalam

Monday, October 18, 2010

back to normal

assalamualaikum

alhamdulillah.. hidup aku dah semakin tenang. semua bebanan berat macam batu, aku dah selesaikan satu persatu. so santai giler lah hidup aku.

kat rumah aku dah bolehlah mengemas, mengemop, menyapu dan memasak seperti biasa. kredit utk abg k, sejak aku busy ni, abg k take over tugas memasak. lepas ni kena ingat balik skill memasak. kalau tak adik asyik komplen je... masinlah, pedaslah, nasi lembik lah, kadang2 nasi keraslah. huh, macam2.

kat sekolah pun macam tu gak. buat kerja rutin je. mungkin nak kemaskini fail, ajar eddie menambah, bergossip ngan minah + wan. bahagiakan?

so petang nanti nak ajak abg k main bowling lah.....

wassalam

Wednesday, October 13, 2010

debar-debar gua

assalamualaikum

dear abg utp....

doakan utk ibu ya... jumaat ni. mudah-mudahan ibu berjaya.
amin.

wassalam.

Tuesday, October 12, 2010

gua gigil

assalamualaikum

utk abg utp.....

ibu rindukan abg. dah lama kite tk sembang.

semalam ayah dah masukkan ikan talapia dlm kolam. 8 ekor. agak2 bila abg balik nanti, bolehlah kita masakkan. tadi, balik dari sekolah, ibu lepak2 dulu kat kolam, dok tengok ikan tu. syok gak.hehehe

abag nak tau.. semalam boss ibu bgtau jemaah nazir akn dtg utk observe ibu. hihihi gigil ibu. abg tentu tau kan, sebab apa. so start semalam ibu and the geng, pulun buat persiapan... dalam masa yg sama kat sekolah pulak ada pertandingan fail panitia. ibu pengerusi panitia matematik. pada masa yg sama ada pertandingan keceriaan bilik2 khas. ibu ada 3 bilik khas yg perlu di touch up. dalam masa yg sama gak ibu busy tanda kertas. kawan2 yg lain semua dah habis menanda. tak apa lah. biar lambat, asalkan zero defeat. betul tak?

anyway ibu rasa bangga... apa yg berlaku pada ibu semuanya hasil sokongan kuat dari ayah, abg dan adik, juga dari kawan2 rapat ibu. tak sia2 hari tu abg tolong edit essay ibu. mengedit dgn kasih sayang. berbaloi2..... thanks ha.

bang, adik sekarang pulun study. alhamdulillah. kadang2 kesian tengok dia. selalu tido lewat. abg jgn lupa doakan kejayaan adik ye. kalau boleh selalulah solat hajat mohon pada Allah utk kejayaan adik.

abg dah makan ? makan apa? ayam goreng, kuah dgn teh o ais ke? makan mesti on time. no diet2 ha. kalau dah kering bagitau ibu. lepas tu, ibu sound kat ayah lak. hahaha. so study baik2, jaga diri. ibu, ayah, adik sayangkan abg. very much.

wassalam

Friday, October 8, 2010

gua happy

assalamualaikum

la ni aku happy. aku nak lupakan semua kesedihan yg lalu. banyak kerja kat sekolah dah settle. la ni busy menanda kertas exam but under controll....

thanks Allah.

wassalam.

Monday, October 4, 2010

gua busy

assalamualaikum

adoi... busy tul aku. minggu ni ada mesyuarat penyelarasan menanda kertas. 3 hari berturut2, pukul 8pg-5 ptg. maksudnya 3 hari tkde kat sekolah. pada masa yg sama aku kena settle kerja pembestarian. mcm mana aku boleh terlupa. kena online sebelum 8hb. pada masa tu gak kena online permohonan sekolah berasrama penuh. line busy sokmo. kat sekolah td asyik loading tk habis-habis. adoiiiii.....

eddie tentu suka sakan sebab 3 hari tk belajar matematik. tadi dok pulun mengajar menambah, guna pembilang. tak mahir-mahir lagi. macam mana eddie kat sekolah menengah nanti yek? adoiiii....

lepas ni tentu busy 36 jam.. dok menanda kertas.

walaubagaimana pun, apa pun jua... bak kata nora, aku kena hadapi dgn bijak. selesaikan satu persatu.. di samping tu mohon pada Allah agar permudahkan segala urusan aku. amin.

utk abg...
thanks, tersentuh ibu membacanya. miss u so much!
nun di sana.... adik dok terlelap2 baca buku. apa taknya.. baca sambil landing atas katil. port yg baik tu. huahaha. doakan adik ya...
love u.

wassalam

Sunday, October 3, 2010

air mata 2

assalamualaikum

sebenarnya cerita ni dah lama aku nak tulis. tapi sebab dek kejadian yg melampau tu. tertangguh lak. cerita ni tentang air mata aku gak. agaknya aku ni memang pemurah air mata. asyik nangis je.

masa kejadian tu, di dewan sekolah. ada sambutan hari raya. so aku dan kawan2 dok lepak sambil menonton persembahan. aku diapit oleh minah dan zah. zah bagitau aku...

"lin, kite mohon pindah sekolah. gb pun dah setuju."

bila habis je ayat tu.. tiba2 air mata aku tanpa malu2 terus meleleh. tak henti2 pulak tu. lidah aku kelu. aku terus pegang zah, tepuk2 peha dia. memang aku sedih giler, rasa mcm tk akan dapat jumpa dia lagi. 18 belas tahun bersama zah. pahit manis di sekolah kami harung bersama. zah sama baya aku lak.. so memang close lah. cuma sejak aku jadi penyelaras bestari aku jarang lepak kat bilik guru, jarang dapat bersembang...

masa air mata dok leleh, tiba-tiba wan hulur kuih tat. aku pun sambil kesat air mata terus je ambik. suka hati dapat makan kuih tat. terus hilang nangis. hihihi.... nora pun geleng kepala. huh.. senang je nak pujuk dia! kata nora.

tapi serius, aku memang sedih. tak tau mcm mana nak hadapi saat bila zah betul2 pindah nanti. sepanjang balik dari sekolah hari tu, bila teringat je akan zah, air mata aku mesti leleh.

huh, asyik nangis je!

wassalam.

Saturday, October 2, 2010

minggu air mata

assalamualaikum

dlm satu mesyuarat, aku ngan guru2 thn 6, kenai tibai ngan boss. kaw-kaw. malang bagi aku dan kawan2 sebab tk dpat nak mempertahankan diri. aku kecewa,kenapa boss tk siasat dulu. aku tau, memang ada manusia hipokrit kat sana. yg suka mengadu domba, yg ingin nama baik dgn memijak kepala org lain, tapi sebagai seorg ketua, mesti timbang dulu. maklumat yg boss terima tak benar langsung.

tiap2 hari aku bercerita ngan wan, nora... aku mesti nangis. tk boleh tengok manusia hipokrit tu rasa nak sumpah je.. berlori2 sumpahan aku!

walau bagaimanapun aku bersyukur punya sahabat sesetia nora ngan wan. hulurkan aku tisu, dan bahu bila aku lalak tk henti2. banyak bagi aku nasihat yg baik... yg kadang2 aku yg tua ni tak terfikir pun.

alhamdulillah... sekarang aku dah tenang. aku anggap semua ni ujian Allah. buat boss aku.... aku maafkan kelatahan beliau. yalah boss aku pun manusia biasa jugak cam aku. buat manusia hipokrit... aku maafkan kau! mudah2an Allah buka pintu hati kau menjadi insan yg baik. amin.

wassalam