Sunday, September 18, 2011

exam lagi

assalamualaikum

esok adik ada final exam. la ni tentu adik dok study. mudah2an Allah berikan ketenangan, ketabahan ketika adik menjawab soalan nanti. setakat ni, kuiz atau test adik ok. semua a kecuali fizik aje dpt b. chayok adik!

kat bilik, abg dok main game perang2. mentang2 tgh cuti 4 bulan. sibuk nak cari kerja. bosan nanti katanya. pada aku, kalau duduk rumah aje pun tkpe. sekurang2nya abg boleh belajar memasak, mgemas rumah dan praktis memesin rumput. kemahiran rumahtangga pun perlu ada, senang kalau abg dah kawin nanti. hihihi

esok lak, ada sambutan hari raya kat sekolah. semua murid kena bawak kuih raya. hahaha ini peluang terbaik aku, untuk kumpul kuih tat.

jap lagi game man u ngan chelsea. fauzi dah janji, kalau chelsea menang dia nak belanja aku makan. ikut perkiraan aku, takde harapan dpt makan free ni! hahahaha

wassalam

Wednesday, September 14, 2011

upsr datang lagi

assalamualaikum

upsr bermula 13 - 15 September. hari pertama paper bm, diikuti matematik paper 2 (subjek aku tu..) hari pertama exam, sesudah subuh aku dah ready ke sekolah. bantu kak faezah, kak bariah sedia breakfast utk bebudak tu. untung kan budak sekarang? aku rasa parents diaorg pun tk buat mcm tu. menu pagi tu, air milo ngan roti. muka masing2 kecut giler. takut lah tu.

sebelum masuk ke dewan bebudak beratur. ada bacaan doa dan bersalaman ngan cikgu2. akupun mcm biasalah pesan berjela2 kat bebudak tu. habis aje paper maths, berlari2 balik ke kelas, nak bagitau betapa senangnya soalan. adoiiii, betul ke? kelas 6B pun sama.

tadi sebelum masuk dewan bebudak tu tak mau buat revision lagi. konon paper semlm senang. adoi... menanah hati aku. kalau tengok kan gelagat masing2, mcm tak sabau nak masuk dewan. nazmi sempat lagi main ping pong dlm makmal sains. tu lah budak kan? aku gi tandas dah 2 kali, kecut perut!

wassalam