Saturday, July 30, 2011

nadjihahhhhh!

assalamualaikum

tadi aku ada kelas tambahan. habis kelas nadjihah tegur aku

nadjihah : gambar di facebook teacher tu, gambar suami teacher kan?
aku : aha, ngape?
nadjihah : handsomelah.. tergoda saya.
aku : hah? kau jgn nak ngorat2 suami teacher lak. ngorat anak teacher takpe gak.
nadjihah : ala, main2 ajelah. betullah suami teacher handsome. anak teacher handsome tak?
aku : heiii mesti le. mau?
nadjihah : hehehe
syuhada : dia memang suka anak teacher. kalau jumpa anak teacher asyik senyum2 je.
nadjihah : emmmm (senyum meleret2)

nadjhah2. selalu buat lawak dlm kelas. hilang penat aku.

wassalam

wassalam

Wednesday, July 27, 2011

bantu aku

assalamualaikum

beratnya ujianMu ya Allah. beri aku kekuatan...

wassalam

Friday, July 22, 2011

bosan da...

assalamualaikum

hahaha... murid2 aku baru je lepas trial exam. result? oklah, 78%. harap2 exam yg sebenar leh capai 100%. lepas ni nak atur gerak gempur lak. memang tkkan ada masa tenang ajekan? kadang-kadang rasa mcm bosan lak, asyik lalui perkara yg sama je saban tahun.

wassalam

Friday, July 15, 2011

sumpah! aku tak akan...

assalamualaikum

ni lagi satu citer...... pinjam duit! time nak pinjam punyalah baik. asyik call je. tak cukup siang, tengah mlm pun boleh call. tapi, bila dah dpt, boleh buat donno je... alamak hai. sombong pulak tu.
aku ni disisih, jadi second class!

aduhai bila nak ganti duit aku ni? aku nak beli baju rayalah.

wassalam

sumpah! aku tak akan...

assalamualaikum

wah, kat luar hujan mula turun. dr tadi mendung je. nak on aircond, tak berani. sejukkkkkk
tapi, dlm hati aku ni sejak minggu lepas, panas membara!

sumpah! lepas ni aku tak akan sudi jadi penjamin pinjaman lagi. konon baik hati. peminjam tak bayar pinjaman, nama aku kena black list. anak nak mohon pinjaman pun tak dapat. yg syoknya, bila mintak pd peminjam bayar, boleh kata takde duit. hahaha tak terbakau ke? mentang2 dia dah habis belajar, anak dia pulak tkde masuk u. so dia peduli apa. dia tk rugi apa2 pun. aku pulak mcm pengemis, merayu2 minta dia langsaikan hutang. perghhh.

so.. tau tak? aku yg tolong bayarkan. RM8000 tu. ikutkan hati, aku nak tembak ngan senapang gajah je, tapi dah adik beradik nak buat cammana.

tapi... takpe kan. hari ni dia boleh tidur lena.... esok lusa belum tau lagi!

wassalam

Friday, July 8, 2011

dunia aku

Assalamualaikum

la ni abg ada kat rumah. semester break, itupun 4 hari je. walaupun singkat itupun dah cukup membahagiakan aku. betul abg k kata, aku tak perlu gusar bila disisih, sebab aku punya keluarga yg bahagia, yg sentiasa menyokong aku ketika suka dan duka.

wah, durian kat rumah dah mula gugur, rambutan dah mula merah. walaupun tak banyak, tak habis makan. tulah kan kalau berbudi dgn tanah. tapi aku tk dapat nak bagi kat jiran, kawan2 aku, sebab buah kali ni tk berapa cantik. terpaksa kongsi ngan tupai. satu pangsa tu, mesti tupai dah sapu dulu...

adik sekarang belajar kat MICOST tapi twin ngan UiTM. adik ambik diploma farmasi. Aku syukur sgt dengan kelulusan adik, adik dpt belajar course yg dia minat. mudah2an adik dpt sambung belajar sampai peringkat degree. amin.

aku? mcm biasa sibuk sokmo. aku tak puas hati sebab tk dpt laksanakan banyak projek berbanding tahun lepas. susah gak nak kekalkan sekolah 5 bintang ni. kerja aku mcm tkde kualiti, sibuk 24 jam tapi tk ada outcome... parah ni. tambahan pulak aku dah dinaikkan pangkat... hihihi menjadi guru cemerlang matematik. bertambah kalut hidup aku. stress sokmo. tulah kan nak sangat, kena harung jugak lah. patutnya aku kena syukur sangat. setiap permintaan aku, Allah makbulkan.

aku kena berubah mengikut arus, sampai bila aku nak berada ditakuk yg sama. so.. mungkin ini peluang Allah berikan pd aku utk aku buktikan bakat ada dlm diri aku ni.... ahad ni aku ada task pertama sebagai guru cemerlang... penceramah UPSR, di hadapan 200 org murid. mati aku!

wassalam

Sunday, July 3, 2011

pantai lagikan berubah...


assalamualaikum

aku tengah sakit hati ni....
takpe, tunggu dan lihat ajekan?

orang bilang perbezaan cinta dan benci sangat nipis. tatkala cinta hilang, BENCI pasti datang!

tapi takpe... aku pasti kuat semangat, aku pasti boleh hadapinya.
chayok mazlina!
hahahaha

wassalam