Assalamualaikum
la ni abg ada kat rumah. semester break, itupun 4 hari je. walaupun singkat itupun dah cukup membahagiakan aku. betul abg k kata, aku tak perlu gusar bila disisih, sebab aku punya keluarga yg bahagia, yg sentiasa menyokong aku ketika suka dan duka.
wah, durian kat rumah dah mula gugur, rambutan dah mula merah. walaupun tak banyak, tak habis makan. tulah kan kalau berbudi dgn tanah. tapi aku tk dapat nak bagi kat jiran, kawan2 aku, sebab buah kali ni tk berapa cantik. terpaksa kongsi ngan tupai. satu pangsa tu, mesti tupai dah sapu dulu...
adik sekarang belajar kat MICOST tapi twin ngan UiTM. adik ambik diploma farmasi. Aku syukur sgt dengan kelulusan adik, adik dpt belajar course yg dia minat. mudah2an adik dpt sambung belajar sampai peringkat degree. amin.
aku? mcm biasa sibuk sokmo. aku tak puas hati sebab tk dpt laksanakan banyak projek berbanding tahun lepas. susah gak nak kekalkan sekolah 5 bintang ni. kerja aku mcm tkde kualiti, sibuk 24 jam tapi tk ada outcome... parah ni. tambahan pulak aku dah dinaikkan pangkat... hihihi menjadi guru cemerlang matematik. bertambah kalut hidup aku. stress sokmo. tulah kan nak sangat, kena harung jugak lah. patutnya aku kena syukur sangat. setiap permintaan aku, Allah makbulkan.
aku kena berubah mengikut arus, sampai bila aku nak berada ditakuk yg sama. so.. mungkin ini peluang Allah berikan pd aku utk aku buktikan bakat ada dlm diri aku ni.... ahad ni aku ada task pertama sebagai guru cemerlang... penceramah UPSR, di hadapan 200 org murid. mati aku!
wassalam
Friday, July 8, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment