Wednesday, August 18, 2010

tired all the time

assalamualaikum

aku baru balik solat terawih. bulan puasa ni agak busy sikit. kelas tambahan on seperti biasa. boss aku kata.. kena ada gak kelas tambahan tu sebab sekarang dah masuk fasa pecut. aku rasa betul gak tu. upsr dah makin dekat ni. graf bp aku pun dah meningkat naik... hihihi

sejak akhir-akhir ni adik selalu mengadu ngan aku... penatla... letihla... lenguh2 la... ini buat aku risau!

kita sering rasa letih disebabkan kurang tidur, stress, kecewa atau mungkin rasa bosan. tapi kalau keletihan ini berlarutan dalam tempoh yg panjang, tak boleh ambik mudah je. aku bimbang adik mungkin mengalami keletihan yg kronik atau sindrom TATT iaitu letih sepanjang masa. kena bawak jumpa doktor ni.

keletihan kronik ni disebabkan jangkitan atau terkena virus. tanda-tandanya termasuklah lemah otot dan rasa sakit ketika beriadah, letih dan terasa malas, mood tidak stabil, penghadaman yang lemah, murung, daya ingatan yg tidak tajam dan kurang daya konsentrasi.

atau adik mungkin kekurangan nutrisi atau alahan pada makanan. maklumlah adik pengidap gastrik tegar. kena banyak berpantang makan. boleh jadik gak ni...

so adik mungkin kurang darah... kena banyak makan makanan yg mengandungi zat besi seperti daging merah, sayur daun hijau dan hati. zat besi boleh diserap dengan lebih efisien dengan minum jus oren pada waktu malam. elakkan minum teh, kopi.

adik mesti makan makanan yg kaya dgn magnesium. sebab magnesium ni bekerjasama dgn zat galian potassium dan sodium utk menghasilkan aliran eletrikal dlm otot yg membuatkan otot santai dan mengecil. kalau kurang megnesium otot terjejas, kita akan rasa letih dan malas. adik tentu tau kacang, sayuran hijau pekat, ikan, makanan laut dan bijirin kaya dgn magnesium.

selain daripada tu, adik kena atur cara pemakanan dgn betul dan sesuai. jgn lupa sarapan, makan secara sederhana 3 kali sehari. bulan puasa ni dinasihatkan melambatkan waktu sahur. sahur yg lewat tu seakan-akan sarapan pada waktu pagi. ok?

utk keterangan lebih lanjut adik rujuk buku nota bio yek.

wassalam.

No comments:

Post a Comment