Thursday, November 18, 2010

takde tajuk

assalamualaikum

mcm dah lama tak update blog ni. bukan busy cuma mood takde. kalau boleh nak tulis yg baik2 je. malangnya banyak lak cerita yg tk baik berlaku minggu ni dan minggu lepas.

result upsr dah keluar. subjek maths tetap mantain. ehmmmm 98%. eddie dapat e. adoiiiii. Kualiti A melebihi 50%. alhamdulillah. tapi aku tk dpt nak meraikan kejayaan tu sebab subjek lain agak menurun. so bila tinggal berdua ngan wan kat bilik mesy.. barulah aku melompat2 suka hati.

minggu lepas anugerah kecemerlangan, aku dianugerahi pengurusan fail panitia terbaik, bilik khas terbaik. wan ngan nora pun sama jugak. azimah jealous..... dia kata.... his takde org lain yg dapat. tgk diaorg bertiga tu, sengih sampai ke telinga. hihihi. aku mmg bangga... apa taknya pengurusan fail aku dgn wan. bilik khas aku, wan & nora. sesuai nau gelaran naga kepala tiga tu.

tadi ada majlis send off utk zah. boleh bayang tak majlis yg besar tu kami berempat aje perancang utama. aku pun hairan boss tu mcm tak nampak org lain. tapi bila ada silap sikit je.. terus tibai. kalau ye pun aku ni kebal.. kadang2 bocor gak telinga. tak ucap terima kasih pun. semlm org lain sibuk beraya.. nora, wan, aku dan bariah sibuk buat buku program, ingatkan kwn2 beli hadiah, buat bunga manggar, kompang. ada yg selfish tk angkat phone pun bila kita call. melampau. tak pelah... aku buat semua tu tanda sayang aku pada zah. mudah2an zah akan mencipta kejayaan cemerlang bila kat sekolah baru nanti. amin.

buat nora, wan dan kak bariah...
kita tak boleh kecewa jika keikhlasan kita dipersiakan. tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yg ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada org yg melakukannya. ia umpama bola yg dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya. what you give you get back. ingat tau.
wasssalam

No comments:

Post a Comment