assalamualaikum
lalalalala.... suka hati aku. pagi tadi man u menang lagi. 3-1 ngan aston villa. dan yg paling syok bila rooney jaringkan 2 gol. bravo rooney. hihihi
kat sekolah tadi.. kesian lak aku tengok nazri. frust giler dia bila tores pindah ke chelsea.50 puluh juta tu. tores ni pun satu.. kalau nak keluar, gi lah jauh2. mcm xabi tu.. terus je ke real madrid. takde lah kecewa nau peminat tu... nazri, jgn risau. liverpool dah beli carol.. handal jugak dia tu...
isnin lepas aku mmg syok. syukur pada allah sebab sekolah aku mendapat 5 bintang dalam penarafan ssqs tahun lepas. maksudnya pentadbir, guru2, murid2 kat sekolah aku mempunyai pengetahuan dan pelaksanaan ict hampir maksimum. 5 bintang ni kira hebatlah. mcm hotel 5 bintang. aku penyelaras bestari yg menyelaras program ni... so dapatlah sijil penghargaan daripada btp kl. wow.. gb sampaikan sijil masa perhimpunan. hahaha
cuma.. yg kurang syoknya bila boss bagitau pegawai btpn akan dtg utk menemuramah, mencungkil strategi yg telah aku gunakan. siap nak shooting lagi..adoiii nampak gayanya bertambah banyak kerja aku ni.
wassalam
Wednesday, February 2, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment