Tuesday, May 18, 2010

abg k ku sayang...

assalamualaikum

minggu lepas, abg k tk sihat. rupa2nya abg k kena hipertension. bp 153/95. tinggi tu.. risau aku! doktor kata lg, gula ngan kolesterol pun dh hampir2 ada....

bp atau tekanan darah ialah ukuran magnitud tekanan darah ke salur darah. bacaan atas @ sistolik ialah tekanan semasa jantung mengepam darah. bacaan paling baik < 120. bacaan bwh @ diastolik pulak mengukur tekanan antara setiap degupan jantung atau masa jantung sedang rehat. bacaan ideal ialah < 80. yg dikatakan darah tinggi bila bp sama @ lebih drp 140/90.

so masa jumpa doktor, bjela2 lah khidmat nasihat yg doktor bg kat abg k. antara nasihat doktor tu..

1. mesti banyak buat excercise 30 - 40 minit sehari. seminggu 3 kali je. tk semestinya bpeluh, bgerak2 aje pun kira ok.
2. rehat @ tidur secukupnya. 6 jam dh memadai.
3. jgn ubah cara masak tp ubah cara mkn. maksudnya mkn sikit je. nasi 1 mangkuk cina je. tk boleh tambah.
4. boleh mkn daging tp max 4 ketul sehari.
5. mkn mlm sebelum maghrib.
6. buah yg boleh mkn ialah epal hijau, belimbing & jambu batu. buah yg lain boleh gak tp kena belah 4.
7. mkn sayur yg bwarna hijau, elak mkn sayuran b'ubi eg: carot, kentang, keledek dll.
8. elak minum teh tarik, susu pekat, air tin, air gas, semua tu ada banyak gula.
9. minum milo o je, sbb milo tu pun dah ada gula.

ha.. apa lagi yek. nanti kalau ingat aku tulis lg. pas ni aku kena pantau abg k mkn, nasi dh kena catu. nampak gayanya, satu rumah kena catu mkn ni. ini yg buat aku tambah risau, dah lah selama ni aku bpantang mkn sbb adik gastrik, ngan abg yg memilih mkn. tambah lak ngan pantang abg k, tambah susut le berat bdn aku. adoiiii

takpe... demi kasih syg aku kt abg k, aku rela tempuhi semua halangan. hrp2 mission aku bjaya. huaaaa

wassalam.

1 comment:

  1. kepada pembaca sekelian...sebenaunye dia ni dulu ada bcita-cita nak jadik doktor....kalau tak silap, katanya nak jadi doktor pakar perunding... tapi apakan daya subjek bio dapat 7 je... nak jadik asisten doktor pun tak dapat...

    ...tapi dia memang minat bab penjagaan kesihatan ni... maklumlah dah kena makan ubat seumor hidup...

    hehehe.....jangan mareeee.....

    ReplyDelete