Thursday, October 6, 2011

catat, takut lupa

assalamualaikum

umur baru 45 tahun, tapi aku selalu lupa. mungkin terlalu banyak perkara yg nak difikirkan. kerja kat sekolah memang tak pernah susut. tensioooon da. so bila bersembang ngan abg tadi, abg cadangkan aku mencatat apa yg perlu dilakukan tiap2 hari. akupun pernah terbaca tentang amalan mencatat ni.

abg kata:
1. setiap pagi, sebelum memulakan kerja, duduk fikir dan rancang
2. tulis segala tugasan yg hendak dilakukan
3. kalau boleh senaraikan ikut keutamaan
4. tandakan pd tugas yg telah dilaksanakan
5. setiap masa kena semak, supaya tugasan penting tidak terlupa (buku nota ni kena simpan dlm beg)

so ni dia contoh catatan utk esok.

guru bertugas
- melawat ke kantin, selia murid rmt sarapan (minggu ni aku bertugas)
- ke dewan uruskan aktiviti nilam
- tulis laporan kat papan kenyataan, buku tugasan

minggu matematik
- bantu yusni jual borang teka sumi, teka berat dll
- ingatkan nazri sediakan lcd, skrin kat dewan utk persembahan lagu matematik
- ingatkan ummi ttg persiapan persembahan (lepas rehat)
- bincang hadiah ngan rozy (nak bagi isnin nanti)
- pertandingan buku skrap t6
- nak mintak cikgu usop, rohaizah jadi hakim persembahan

lain2
- online sbp (internet kat sekolah slow lak tu)
- uruskan protim t6-daniel ngan ikmal.
- sediakan soalan psk akhir thn

kat rumah
- tanda kertas matematik (banyak lagi belum tanda, selasa nak hantar, adoiii)
- online sbp
- tengok cerita korea... lalalala
- ajak abg dinner kt mcd..... hahahaha

banyaknya catatan.....

wassalam

No comments:

Post a Comment